Panduan Mohon Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya)

Jika anda seorang penganggur dan sememangnya belum mempunyai sebarang pekerjaan, ini adalah peluang yang perlu anda ambil dengan segeraUntuk makluman, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempelawa kepada individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJobs PERKESO untuk menyertai Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya). Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal MyFutureJobs.

permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja PERKESO (PenjanaKerja

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM9 bilion untuk menangani kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan rakyat di Malaysia. 

Panduan permohonan MyFutureJobs PERKESO

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang MyFutureJobs PERKESO termasuk memaparkan aplikasi permohonan :

Apa Itu MyFutureJobs PERKESO? 

MyFutureJobs PERKESO adalah merupakan satu portal yang disediakan untuk membantu pencari kerja dan melancarkan padanan pekerjaan.

Apa Itu Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) 

Program Insentif Pengambilan Pekerja adalah satu inisiatif pemulihan ekonomi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditadbir oleh Perkhidmatan Pekerjaan Nasional PERKESO bertujuan untuk mempromosikan peluang pekerjaan yang diwujudkan di kalangan majikan.

Panduan permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja PERKESO (PenjanaKerja

Cara Pendaftaran MyFutureJobs PERKESO Online

Untuk mendaftar boleh dibuat secara online melalui laman portal MyFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/.

Cara Mohon Insentif PenjanaKerjaya

1. Bagi majikan yang telah mengambil pekerja melalui program MyFutureJobs, mereka mesti mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO untuk caruman wajib.

2. Mulai 15 Jun 2020, majikan boleh mendaftarkan profil majikan di portal Penjana Kerjaya melalui laman web penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

3. Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil di bawah program ini melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk kelulusan bayaran insentif.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan pelanggan PERKESO di talian 03 – 80915300/ 1300228000.

SOALAN LAZIM: 

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA DAN PROGRAM LATIHAN – PENJANAKERJAYA
SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP), PERKESO
BIL.1/2020 | 11 JUN 2020

1. Apakah itu PenjanaKerjaya?

  • PenjanaKerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.
  • Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini melalui National Employment Services, PERKESO.

2. Apakah insentif di bawah PenjanaKerjaya?

  • PenjanaKerjaya yang disediakan adalah seperti kategori berikut:

i. #MyApprentice: Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan.

ii. #HireMalaysia – Terdapat tiga kategori:

a. Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja  tempatan di bawah umur 40 tahun;
b. Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan berumur 40 tahun dan ke atas; dan
c. Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan mudah terjejas termasuk golongan kurang upaya (OKU), dan peserta Program Return to Work PERKESO.
 

*Nota: Umur pencari kerja adalah berdasarkan pada tarikh lahir semasa permohonan
 

iii. Bantuan Mobiliti (Mobility Assistance): bayaran one-off kepada pekerja yang berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja;

iv. Programm Latihan: menyediakanlatihansemula(reskillingandupskilling) termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.
 

3. Siapakah yang LAYAK memohon PenjanaKerjaya?

  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) SSM / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 1 Jun 2020; dan
  • Majikan hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2020.

4. Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon PenjanaKerjaya?

  • Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang membekalkan tenaga kerja kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan langsung; dan
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).

5. Apakah kategori pekerja yang TIDAK LAYAK mendapat insentif di bawah PenjanaKerjaya?

  • Pekerja yang sedang menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program) atau tersenarai dalam Program Subsidi Upah adalah tidak layak.

2. Adakah majikan layak memohon insentif di bawah PenjanaKerjaya bagi pekerja dan perantis yang telah diambil tetapi belum didaftarkan dengan MYFutureJobs?

  • Layak. Dengan syarat majikan hendaklah mendaftarkan maklumat kekosongan pekerjaan di Portal MYFutureJobs serta memastikan pekerja tersebut telah didaftarkan di Portal MYFutureJobs. Mana-mana majikan yang memohon insentif di bawah PenjanaKerjaya perlu terlebih dahulu mendaftar pekerja tersebut dengan PERKESO mengikut syarat seperti di soalan 3; dan
  • Bagi majikan yang telah mendaftarkan kekosongan pekerjaan serta telah membuat penempatan di bawah portal pekerjaan selain daripada Portal MYFutureJobs, majikan perlu mengemaskinikan maklumat kekosongan tersebut di bawah MYFutureJobs termasuk pendaftaran pekerja bagi tujuan pemprosesan bayaran permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja serta bagi tujuan pengesahan caruman di portal ASSIST PERKESO.

3. Bagaimana cara membuat permohonan insentif di bawah PenjanaKerjaya?

  • Kekosongan pekerjaan perlu didaftarkan di Portal MYFutureJobs walaupun kekosongan pekerjaan tersebut telah didaftarkan di dalam mana-mana portal pekerjaan yang lain;
  • Sekiranya terdapat pengambilan pekerja baru, majikan perlu mendaftarkan pekerja tersebut di sistem ASSIST PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerja melaporkan diri
  • Mulai 15 Jun 2020, majikan boleh mendaftarkan profil majikan di Portal PenjanaKerjaya melalui laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my ;dan
  • Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh membuat permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja bagi pekerja yang diambil dibawah insentif ini.

4. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya?

Pengesahan dan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

i. Maklumat akaun bank majikan (salinan halaman hadapan Penyata Bank / muka depan buku bank yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank)
ii. Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan Maklumat (Business Registration Number- BRN)
 

Nota: Majikan dinasihatkan untuk menyemak kedua-kedua dokumen di atas adalah betul bagi mengelakkan sebarang kelewatan pemprosesan bayaran.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN) yang perlu diperolehi daripada pihak bank?

  • BRN adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.
  • Majikan hendaklah berhubung dengan pihak bank masing-masing bagi memastikan BRN yang diberikan adalah betul dan tepat.
  • Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund Transfer (EFT).

6. Bagaimanakah pembayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya dilaksanakan?

  • Bayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya adalah secara bulanan kepada majikan selepas bayaran caruman wajib seperti PERKESO dilaksanakan (bulan seterusnya);
  • Bantuan Mobiliti yang dibayar secara one-off kepada pekerja melalui majikan pula perlu dibayar kepada pekerja yang layak dalam tempoh 7 hari dari tarikh bayaran diterima daripada PERKESO; dan
  • Bayaran insentif hanya akan dilaksanakan setelah kesemua syarat seperti di soalan 3 dipenuhi termasuk caruman bulanan PERKESO yang telah dikreditkan terus ke dalam akaun bank majikan. (Contoh: pekerja atau perantis yang diambil bekerja pada 1 Julai 2020 tetapi majikan mendaftar dan mencarum pekerja tersebut dengan PERKESO pada 15 Julai 2020, bayaran insentif hanya boleh dibuat mulai bulan Ogos 2020 dan ke atas).

7. Adakah majikan akan menerima insentif di bawah PenjanaKerjaya sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan atau diberhentikan?

  • Insentif yang berikutnya di bawah PenjanaKerjaya TIDAK DIBAYAR kepada majikan sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan atau telah diberhentikan.

8. Apakah takrifan pekerja yang dimaksudkan bagi insentif di bawah PenjanaKerjaya?

  • Pekerja bagi insentif di bawah PenjanaKerjaya adalah mengikut takrifan ‘pekerja’ di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800).

9. Bagaimanakah semakan status permohonan boleh dilakukan oleh pihak majikan?

Majikan boleh membuat semakan status permohonan di Portal PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my

10.  Adakah majikan perlu membuat permohonan setiap bulan?

  • Tidak perlu. Majikan hanya perlu memastikan pembayaran caruman kepada PERKESO dibuat setiap bulan untuk melayakkan menerima insentif pengambilan setiap bulan.
  • Sekiranya pekerja atau perantis tersebut diberhentikan/meletak jawatan, majikan diwajibkan mengemaskini maklumat pekerja/perantis di sistem ASSIST PERKESO terlebih dahulu.

11.  Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pekerja terhadap majikan yang menerima insentif di bawah PenjanaKerjaya sekiranya pekerja tidak menerima gaji bulanan atau gaji mereka dipotong oleh majikan?

  • Pekerja yang mempunyai aduan berkenaan tidak menerima gaji bulanan atau gajinya dipotong boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja.

B. BANTUAN MOBILITI (MOBILITY ASSISTANCE)

1. Apakah syarat bagi Bantuan Mobiliti di bawah PenjanaKerjaya?

i. Pekerja dan perantis yang diambil oleh majikan di bawah program insentif pengambilan ini yang perlu berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja terkini adalah layak menuntut bantuan RM600 melalui majikan;

ii. Sekiranya perpindahan melibatkan antara wilayah dari Sabah ke Sarawak atau ke Semenanjung Malaysia atau sebaliknya layak menuntut RM1,000 melalui majikan;

iii. Bantuan Mobiliti akan dibayar kepada pekerja melalui majikan secara one-off; dan

iv. Pekerja hanya layak menerima Bantuan Mobiliti sekali sahaja sepanjang tempoh program.

C. PROGRAM LATIHAN

1. Apakah syarat program latihan di bawah PenjanaKerjaya?

i. Majikan yang mengambil pekerja (kecuali perantis) di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran (re-skilling & upskilling) berdasarkan keperluan pekerjaan atau industri berkenaan;

ii. Senarai kursus latihan yang diperakukan oleh PERKESO akan disenaraikan secara terperinci di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa; dan

iii. Kadar yuran latihan maksimum RM4,000 bagi seorang pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.

2. Bilakah Program Latihan di bawah PenjanaKerjaya mula dilaksanakan?

  • Program Latihan di bawah PenjanaKerjaya dibuka untuk permohonan mulai 1 Julai 2020.

3. Bagaimanakah cara majikan untuk membuat permohonan kursus bagi pekerja di bawah Program Latihan ini?

  • Majikan boleh memilih kursus yang tersenarai di bawah Program Latihan PenjanaKerjaya di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my serta perlu mendapat kelulusan atau pengesahan daripada PERKESO.

4. Apakah kursus yang ditawarkan di bawah program ini?

  • Hanya kursus yang telah diluluskan oleh PERKESO dan tersenarai di bawah PenjanaKerjaya sahaja yang ditawarkan.

5. Siapakah yang perlu mengemukakan permohonan Program Latihan?

  • Majikan perlu mengemukakan permohonan latihan berdasarkan keperluan pekerja yang diambil di bawah insentif ini.

6. Berapa lamakah tempoh latihan di bawah PenjanaKerjaya?

  • Tempoh latihan di bawah PenjanaKerjaya adalah bergantung kepada jenis kursus yang merangkumi soft skill, hard skill, transferable skill, occupation – specific dan hybrid yang tidak melebihi 30 hari.

7. Apakah yang perlu dilaksanakan oleh majikan dan penyedia latihan selepas membuat pemilihan kursus?

  • PERKESO akan membuat pengesyoran kelulusan dan mengeluarkan ‘guarantee letter’ untuk dibekalkan kepada penyedia latihan.
  • Penyedia latihan adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan semua dokumen seperti bukti kedatangan dan lain-lain bagi tujuan  pembayaran kepada penyedia latihan tersebut.
  • Majikan adalah bertanggungjawab untuk memastikan pekerja mereka mengikuti kursus sehingga selesai.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan pelanggan PERKESO di talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000 atau emel kepada [email protected]

ep2p-5small