My Kuali: Roti sandwich pisang bakar

Sedap, manisss n crispy…😋😋

 baru kuor dari oben… memang crispy krup krap!

since ada pisang pemberian dari jiran sebelah rumah dan jugak terjumpa resepi sandwich pisang bakar ni, maka terjadilah dia untuk minum petang kami berdua… terima kasih kualihelena konsikan resepinya dan kak rose mohon tepek kat sini ya..

 nikmatinya hangat2 bersama secawan nescafe o tu memang sedap sangat lah…

 memula sapukan butter atas dan bawah pada roti..

 sapukan pulak telor yang dah dikocok sedikit…

 susunkan pisang diatas roti, sapukan telor lagi sekali dan taburkan gula perang diatas pisang tadi..

 dan bakar hingga garing cenggini… memang rangup dan manis dari pisang tu memang sedap sangat lah! kawan2 kalau ada lebihan pisang yang dah ripe tu boleh lah mencuba buat sandwich ni..

ROTI SANDWICH PISANG BAKAR
by. @kualihelena

roti sandwich
marjerin
telur
pisang, hiris nipis
gula perang

Sapu roti dengan marjerin depan dan belakang
Susun roti diatas tray yang telah dilapik dengan baking paper.
Kocok sebiji telur dan sapukan diatas roti.
Susun pisang dengan kemas di atas roti tadi.
Sapukan telur lagi di atas roti, sapu tebal tebal.
Tabur gula perang di atasnya.
Bakar pada suhu 180°c api atas bawah hingga kecoklatan.
Roti sandwich pisang bakar is done!

ep2p-5small