My Kuali: Maggi goreng mamak

 laaaamaaa tak beli dan makan megi… dan bila anak kata nak makan megi goreng mamak, tukang masak pun buat lah… hujan pun sanggup redah nak g beli megi ni. berusaha sungguh kan.. guna jer bahan yang sedia ada kat rumah…sayur pun cuma ada sawi hijau jer. kita yang buat dia kan, so seadanya jer lah ya… camner pun habis kami anak beranak makan megi goreng mamak ni… sedap lah pulak. terima kasih pada azie yang kongsikan resepi yang sedap dari blog nya, Azie Kitchen.

Bahan bahan:

3 paket Maggi perisa Kari – rebus


2 paket perencah Maggi kari


Sayur – karot, kobis dan sawi


1/2 labu bawang besar – cincang


3 ulas bawang putih – cincang


4 keping tauhu kering (x de ni kak rose tgantikan dengan fish cake)


5-6 ekor udang – rebus seketika (kak rose terus jer masukkan)


2 biji telur 
2-3 tangkai cili padi – ketuk (opsyenal)


Cara cara:

Panaskan
minyak dalam anggaran 2-3 sudu besar. Tumis bawang besar dulu sehingga
layu, baru masukkan bawang putih. Setelah wangi, masukkan udang. Kacau
rata. 


Masukkan pula Maggi. Maggi direbus dalam 2 minit. Angkat dan tos. Lalukan bawah air paip. Kacau rata.

Masukkan pula karot dan perencah kari maggi. Masukkan pula sayur kobis dan sayur sawi serta tauhu. 



Akhir
sekali tuangkan telur dan kacau rata. Sebelum dihidang tabur cili merah
hiris dan hias dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan

ep2p-5small