My Kuali: Doa hari Arafah

Doa Arafah bukan sahaja baik untuk dibaca oleh Jemaah Haji pada hari
Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh Umat Islam di seluruh
dunia walaupun mereka tidak berada di Padang Arafah.

Di Arafah waktu Asar pada 9 Zulhijjah 
hingga ke Maghrib pada tarikh 10 Zulhijjah  itu
dikira waktu ARAFAH. Inilah waktu paling mustajab untuk berdoa. Pada masa ini, simpan dalam kepala kita  mahu berdoa dan terus berdoa. Dalam masa
beberapa jam ini jangan putus berdoa. Mengulangi doa yang sama juga
tidak mengapa. Jika mahu menangis, menangislah sepuas hati. Minta pada
Allah bersungguh-sungguh supaya ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita,
ibu bapa kita, anak isteri kita, semua kaum keluarga kita, kawan-kawan
kita dan semua orang-orang islam.
Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai untuk anda berdoa.

Himpunan Doa Hari Arafah

  1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku
    mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.
    Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).
  4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7 Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada
kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

  1. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat
    untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi
    rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan
    amal.
  2. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
  3. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  4. Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat
    pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan
    selain dari ArashMu.
  5. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada
    keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan
    kekuasaanMu.
  6. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).
  7. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.
  8. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
  9. Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah
    aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari
    sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat.
  10. Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian.
    Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi
    penyejuk mataku.
  11. Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
  12. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  13. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  14. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.
  15. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  16. Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang
    penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan
    permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  17. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di
    akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku
    memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
  18. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
  19. Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan.
  20. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
  21. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  22. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  23. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan
    bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari
    kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.
  24. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur,
    semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
  25. Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA 🌍 DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI 

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa
yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala
hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.

Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ
دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا
بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad)
tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan
orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka
itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh
kebenaran.” (Surah Al-Baqarah : 186)

Semoga ALLAH SWT memakbulkan segala doa-doa kita semua dan mengampuni
segala dosa-dosa kita. Sesunguhnya kita banyak melakukan dosa. Aamiinn.

## perkongsian dari wall fb.

ep2p-5small