Kredit Dompet Digital Sebanyak RM50 Dijangka Diberikan Kerajaan Pada Penghujung Julai Ini – Amanz

Pada bulan Jun 2020 lepas, kerajaan telah mengumumkan akan memberikan kredit dompet digital sebanyak RM50 untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Ia dijadualkan untuk ditawarkan pada bulan Julai 2020 ini, tetapi sehingga kini, mekanisma penuh berkaitan dengannya masih tidak diumumkan. Melalui sebuah temuramah ringkas, Menteri Kewangan mengesahkan ia akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada penghujung Julai 2020 ini.

Sebelum ini, kerajaan telah mengatakan ini adalah salah satu usaha untuk mengalakkan transaksi nirsentuh – salah satu kaedah yang ditekankan pada era norma baharu kini.

Dompet Digital RM50

Menariknya, kredit sebanyak RM50 ini akan turut dipadankan dengan penawaran diskaun dan juga pulangan tunai bernilai RM50 oleh para pengusaha bagi pembelian fizikal.

Mekanisma penuh untuknya tidak diumumkan lagi, tetapi sebelum ini ia telah diperkatakan pengguna perlu mempunyai aplikasi MySejahtera sebelum dapat menikmati kredit dompet digital sebanyak RM50 ini.

ep2p-5small