Kapal Selam & Helikopter Baru Tentera Singapura, Terlewat Jadual

MELBOURNE: Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, proses penghantaran beberapa peralatan ketenteraan baru milik angkatan tentera Singapura, tergendala.

Sekalipun proses penghantaran pesawat F-35B negara itu mengikut jadual, beberapa penghantaran peralatan lain, akan mengalami kelewatan.

Bercakap kepada media melalui sidang video pada hari ulangtahun angkatan tentera Singapura, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen mengatakan bahawa penghantaran empat kapal selam Type 218SG pertama dari ThyssenKrupp Marine Systems dari Jerman, yang juga dikenali sebagai kelas Invincible, akan dianjak dari 2021 hingga sekitar tahun 2022.

Begitu juga, Ng mengesahkan bahawa penghantaran awal helikopter pengangkut jenis H225M buatan Airbus dan helikopter Boeing CH-47F Chinook untuk Angkatan Udara Republik Singapura atau RSAF, yang akan bermula pada akhir tahun ini, kini sebaliknya nakan dilakukan di awal 2021.

Beliau mengaitkan kelewatan itu dengan gangguan dalam rantaian bekalan global yang berpunca dari wabak itu, walaupun beliau mengharapkan pengiriman pertama 4 buah pesawat F-35B Lightning II Joint Strike Fighters buatan Lockheed Martin, dari 12 buah yang dipesan, akan diterima mengikut jadual, iaitu pada tahun 2026 -Defense News.

ep2p-5small