Google Sedang Menguji Cara Mengurangkan Penggunaan Bateri Pada Pelayar Chrome – Amanz

Pelayar web Google Chrome ialah pilihan utama majoriti pengguna komputer di seluruh dunia kerana pelbagai ciri-ciri dan pilihan pemalam yang meluas.

Walaupun begitu, ia juga mempunyai reputasi sebagai pelayar web yang sangat memakan tenaga bateri khususnya jika anda membuka jumlah tab yang banyak.

Google nampaknya sedang menguji sebuah ciri baru pada pelayar web Chrome yang dilaporkan akan mengurangkan penggunaan kuasa bateri secara latar.

Melalui ciri ini, ia dilaporkan bahawa bateri komputer riba boleh dilanjutkan selama dua jam tambahan. Menurut laporan The Windows Club, ujian yang dijalankan adalah dengan membuka 36 laman web di latar belakang dengan laman web statik di muka utama.

Ujian bateri juga dilakukan pada pelayar Chrome, dan ujian tersebut memperlihatkan lanjutan jangkahayat bateri sekitar 30 minit.

Ciri ini dapat diliihat melalui pelayar web Google Chrome versi 86 sebagai sebuah Flag, ataupun ciri eksperimentasi yang boleh diaktifkan oleh pengguna jika diingini.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi jika Google akan memperkenalkan ciri ini secara rasmi untuk pelayar web mereka.

ep2p-5small