Cara mohon Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2020

Pada pelajar yang berada di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan Kerajaan negeri Pahang,anda berpeluang untuk memohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) melalui Yayasan Pahang.

Bantuan kerajaan ini sudah dibuka dan tarikh tutup pemohonan BSM adalah pada 8 Julai 2020

Cara mohon Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2020

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang.

Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.
Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.
Mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Mei.

Kelayakan untuk memohon Biasiswa

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon/ibu/bapa mestilah lahir di negeri Pahang.
  • Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, pemohon/ibu/bapa mestilah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  • Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diberi keutamaan.
  • Pemohon mestilah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
  • Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) pemohon tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Murid yang pernah digantung atau dibuang sekolah boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Cara untuk memohon Biasiwa

Borang permohonan boleh diperolehi di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.

Isikan maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut.Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke semula ke sekolah masing-masing.


Setiap sekolah perlu menghantar bora

ng permohonan kepada Yayasan Pahang sebelum tarikh tutup permohoan.

Sebarang Pertanyaan Lanjut:

Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
No telefon: 09-5181800.

ep2p-5small