Cara memohon Pas Bulanan My30 Pengangkutan Awam tanpa had

Pas bulanan My30 adakah anda sudah memohon?Untuk pengetahuan anda,belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 2 November 2018 telah memperkenalkan Pas Bulanan Pengangkutan Awam RapidKL bagi perkhidmatan bas dan juga rel iaitu My100 dan My50. Terkini, Perdana Menteri ke-8 Malaysia ketika Perutusan Khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah memperkenalkan pula pas perjalanan tanpa had My30 iaitu pas bulanan dengan hanya RM30 pada 5 Jun lalu.

Cara mohon Pas bulanan My30 perjalanan tanpa had

Pas My30 membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang di bawah seliaan Prasarana Berhad seperti MRT, LRT, Monorail, BRT, Bas RapidKL dan Bas Feeder MRT tanpa had setiap hari dengan hanya membayar RM30 sahaja sebulan.

Cara mohon Pas bulanan My30 perjalanan tanpa had

Disini dikongsikan semua info yang kami dapat melalui beberapa sumber :

Mula dibuka Tamat
15 Jun 2020 31 Disember 2020
Syarat Kelayakan Pas Bulanan My30
Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja (mempunyai MyKad atay MyTentera yang sah)
Untuk pengguna berumur 12 tahun dan ke bawah, boleh menggunakan Kad Konsesi Pelajar MyRapid (Kad ini boleh dimohon secara atas talian). Setelah mempunyai kad tersebut, boleh melanggan pas My30 di kawasan terpilih
Pastikan cip Touch ‘n Go MyKad atau MyTentera berfungsi atau dalam keadaan baik. Sekiranya tidak, pengguna perlu menukar MyKad baharu di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara

Lokasi Permohonan Pas Bulanan My30

  • Semua Stesen LRT
  • Semua Stesen MRT
  • Semua Stesen Monorel
  • Semua Stesen BRT
  • Hab Bas Terpilih:
  1. Pasar seni
  2. Seksyen 2, Shah Alam
  3. Sri Nilam
  4. Greenwood
  5. Terminal Kajang

Cip Touch ‘n Go pengguna boleh dipastikan berfungsi dengan baik atau tidak melalui langkah-langkah berikut:

  1. Pengguna perlu membuat tambah nilai di mana-mana pusat tambah nilai Touch ‘n Go seperti stesen minyak, kedai serbaneka, Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL, dan sebagainya.
  2. Jika proses tambah nilai ini berjaya, ini bermakna cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera tersebut berfungsi dengan baik.

Sekiranya cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera tidak berfungsi, pengguna perlu ke mana-mana pusat Jabatan Pendaftaran Negara sebelum melanggan pas My30.

Pengguna mungkin menghadapi masalah setelah melanggan pas My30 seperti kerosakan MyKad atau MyTentera rosak dan tidak boleh dibaca selepas melanggan pas My30.

Sekiranya perkara ini berlaku, pengguna perlu membawa MyKad ke pusat Jabatan Pendaftaran Negara untuk proses penggantian kad baharu.

Pengguna juga boleh menuntut pemulangan baki sekiranya ada di dalam pas My30 terbabit.

Proses pemulangan baki pas My30 boleh dilakukan dengan melampirkan dokumen-dokumen sokongan ke portal kami di https://www.myrapid.com.my/.

Berikut dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses pemulangan baki pas My30:

  • Nombor MFG MyKad
  • Nombor akaun bank
  • Nama bank
  • Resit langganan pas My30
  • Resit bayaran gantian MyKad daripada JPN
  • Slip pulangan nilai TNG dari JPN/ Penamatan dari TNG (hanya untuk MyKad)

Pemulangan baki pas My30 tersebut akan ditukar kepada nilai wang ringgit.Sekiranya MyKad atau MyTentera pelanggan rosak tetapi masih boleh dibaca, baki hari pas My30 yang telah dilanggan akan dipindahkan ke kad generik Touch ‘n Go pelanggan.

Setelah pas My30 tamat tempoh, pelanggan harus memperbaharui pas My30 di dalam MyKad atau MyTentera yang baharu.

Cara membuat Langganan My30

Untuk memohon langganan Pas My30, ikuti langkah yang disediakan berikut:

  1. Sila bawa MyKad, MyTentera atau Kad Konsesi Pelajar MyRapid ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan RapidKL atau hab bas terpilih seperti dinyatakan di atas
  2. Maklumkan kepada pegawai khidmat pelanggan di kaunter tersebut untuk memohon pas My30
  3. Pembayaran kali pertama adalah minimum RM40 (tambah nilai kad). Sebanyak RM0.50 akan ditolak bagi cas tambah nilai tersebut
  4. Selepas penolakan RM0.50, baki RM9.50 akan disimpan dalam kad tersebut. Ianya tidak akan ditolak melainkan pengguna menggunakannya bagi transaksi selain di rangkaian RapidKL seperti di tol, kedai dan sebagainya
  5. Pastikan nilai minimum RM5.00 sentiasa ada di dalam kad tersebut. Ianya tidak perlu ditambah setiap bulan jika tidak menggunkan nilai tersebut untu pembayaran lain
  6. Pas My30 yang dilanggan akan diaktifkan sebaik sahaja pengguna menyentuh pas di pintu masuk rangkaian RapidKL

PEMBAHARUAN LANGGANAN PAS MY30

Bagi pembaharuan langganan pas My30 pada bulan-bulan seterusnya, berikut merupakan perkara yang perlu diambil perhatian bagi pengguna yang ingin melakukan pembaharuan pas My30:

  1. Pembaharuan pas My30 secara automatik boleh dilakukan di kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab bas terpilih.
  2. Selepas pas berjaya diaktifkan untuk pembaharuan secara otomatik, pengguna boleh menambah nilai MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go di mana-mana premis atau kedai-kedai yang menawarkan khidmat tambah nilai Touch ‘n Go untuk bulan-bulan seterusnya.
  3. Pengguna perlu memastikan nilai di dalam pas tidak kurang dari RM35.00 setiap bulan

Soalan-Soalan Lazim Pas My30

Antara soalan-soalan lazim Pas Perjalanan Tanpa Had My30 adalah seperti berikut:

  • Adakah saya akan mendapat kad Touch ‘n Go baharu apabila saya melanggan pas My30?
    Tidak. Produk My30 akan diaktifkan hanya menggunakan MyKad atau MyTentera sahaja
  • Bolehkah saya melanggan pas My30 menggunakan kad Touch ‘n Go?
    Tidak. Pas My30 hanya boleh dilanggan menggunakan MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go sahaja
  • Bolehkah pas My30 dipindah milik?
    Tidak. Pas My30 diaktifkan menggunakan kad MyKad atau MyTentera, oleh itu ia tidak boleh dipindah milik.
  • Bolehkah saya menggunakan pas My30 di rangkaian Rapid Penang atau Rapid Kuantan? 
    Pada masa ini, pas My30 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian RapidKL rel dan bas di Lembah Klang sahaja
  • Bolehkah saya menggunakan pas My30 di KTM Komuter atau ERL?
    Pada masa ini, pas My30 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian RapidKL rel dan bas di Lembah Klang sahaja.

Untuk soalan lazim penuh, sila rujuk Soalan Lazim My30 RapidKL

Info Lanjut Pas My30

Sebarang maklumat dan info lanjut mengenai pas My30 boleh dirujuk melalui laman web RapidKL iaitu https://www.myrapid.com.my/.

ep2p-5small