Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 mohon online dan manual Borang

Terkini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan kepada 300,000 Orang Kurang Upaya (OKU) dan Ibu Tunggal yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Salah satu insentif yang telah diumumkan di dalam PENJANA ialah pemberian wang tunai one-off kepada ibu tunggal di Malaysia sebanyak RM300.

Pemberian wang tunai ini dijangka akan disalurkan terus ke akaun para ibu tunggal yang telah membuat permohonan sebelum Hari Raya Aidiladha.Pembayaran akan dibuat secara one-off atau sekali bayaran berjumlah RM300 yang akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha.

Bantuan ibu tunggal RM300

Tarikh permohanan Bantuan Khas Tunggal RM300

Tarikh dibuka:DIBUKA
Tarikh ditutup: 31 Oktober 2020

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank (akaun mestilah aktif) pemohon yang layak mulai Julai sehingga November 2020
Status kelulusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)

PENTING: Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan BKIT secara online atau manual.

Kelayakan Bantuan

Menurut JPW, kategori ibu tunggal yang layak menerima BKIT mestilah memenuhi kriteria berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang menetap (tinggal) di Malaysia
  2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran definisi ibu tunggal (rujuk di bawah)
  3. Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244

Cara mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal online dan manual borang

Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara online mahupun manual.

Manual :

Permohonan secara manual boleh dibuat di tempat berikut:

  1. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) / JKM Negeri / PKMD / LPPKN
  2. Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah / Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi pemohon Sabah)
  3. Pejabat JKM Sarawak / Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak)

Online:

Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui Portal JPW mengikut negeri masing-masing dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Isikan borang permohonan secara online mengikut negeri pemohon
  2. Sila pastikan pemohon telah log masuk ke akaun google (emel Gmail dari google) bagi mengisi borang permohonan secara online

PENTING:Pemohon mestilah mempunyai akaun emel Gmail Google. Bagi yang belum pernah mempunyai akaun emel Gmail Google boleh daftar di sini

  1. klik link di bawah mengikut negeri pemohon.
    a) Negeri Perlis
    b) Negeri Kedah
    c) Negeri Pulau Pinang
    d) Negeri Perak
    e) Negeri Selangor
    f) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan
    g) Negeri Johor
    h) Negeri Sembilan
    i) Negeri Melaka
    j) Negeri Pahang
    k) Negeri Terengganu
    l) Negeri Kelantan
    m) Negeri Sabah
    n) Negeri Sarawak
  2. Isikan maklumat yang dikehendaki dengan lengkap.
  3. Klik submit pada paparan terakhir untuk menghantar permohonan.

Jika anda tidak dapat klik untuk pautan di atas anda boleh juga klik di pautan berikut:

Permohonan setiap negeri

Dokumen Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Pemohon dikehendaki memohon dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

Dokumen Mandatori Yang Telah Disahkan

  1. Salinan MyKad (Kad Pengenalan)
  2. Salinan Penyata Akaun tahun semasa
  3. Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
  4. Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin / MyKid /MyKad / Sijil Pengangkatan dari JPN
  5. Salinan Slip Gaji Terkini / Pengesahan Pendapatan (Contoh: Surat Pengesahan daripada penghulu / majikan)

Dokumen Sokongan

  1. Surat Akuan Doktor (sekiranya berkenaan)
  2. Surat Akuan Sumpah (sekiranya dalam proses penceraian)

Pendaftaran untuk Ibu tunggal

Jabatan Pembangunan Wanita turut menggalakkan para ibu tunggal untuk mendaftar dengan agensi tersebut.

Antara bantuan berikut seperti:

Bantuan Bulanan 

  1. Bantuan Am
  2. Bantuan Orang Tua (RM300 / sebulan)
  3. Bantuan Kanak-kanak (RM100 / sebulan)
  4. Bantuan Anak Pelihara
  5. Elaun Pekerja Cacat

Bantuan Sekaligus 

  1. Geran Pelancaran (Bantuan modal perniagaan)
  2. Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran
  3. Bantuan Sekolah (jika masih mempunyai anak-anak yang bersekolah)
  4. Bantuan Alat Tiruan / Sokongan

Pendaftaran secara Online dan manual

Pendaftaran Online:

LAMAN RASMI JPW Pendaftaran Ibu Tunggal

1.Sistem iWanita
AKAN UPDATE DARI MASA KE SEMASA

Pendaftaran Manual:

Untuk Permohonan secara manual, pendaftaran dapat dilakukan dengan hadir ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang berhampiran, Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah dan Biro Wanita Sarawak (BWS)

Sebarang pertanyaan:

Boleh lawati portal abatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/

Boleh hubungi juga pautan di bawah:

ep2p-5small