Tangani Pengangguran Dengan Kemahiran Baru – Zahid

KUALA LUMPUR: Berikutan impak pandemik Covid-19 yang menyaksikan ramai diberhentikan kerja, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan untuk rakyat mempelbagaikan kemahiran baharu untuk mengatasi isu tersebut.

Kata Zahid menerusi laman Facebooknya, “Mendepani soal pengangguran secara asasnya ialah kita mempelbagaikan kemahiran baharu (multi fungsional) dengan mengikuti kursus ringkas yang ditawarkan oleh kerajaan dan swasta”.

“Di samping itu, kita juga boleh memohon pembiayaan perniagaan yang disediakan jika ingin beralih dalam bidang niaga atau bekerja sendiri mengikut skala yang sesuai”.

Saranan Zahid ini sememangnya tepat kerana kadar pengangguran di negara ini diunjurkan dalam lingkungan 3.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun ini berikutan impak penularan pandemik Covid-19, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM) – berdasarkan sumber Jabatan Perangkaan bulan lepas.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bagaimanapun langkah kerajaan membuka sektor ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain menyediakan pakej rangsangan ekonomi akan membantu pekerja dan isi rumah menghadapi situasi kritikal berikutan wabak itu

Zahid menutup hantarannya dengan tanda pagar #MalaysiaBangkit.

Pautan asal kenyataan Zahid tersebut boleh dirujuk disini.

– SuaraTV

ep2p-5small