My Kuali: Kuih siput rangup

Salam hujung minggu buat semua…

balik kampung ker tu???

dalam masa pkp ni banyak sangat masa yang terluang sebab semua aktiviti seharian terhenti dan cuma boleh duduk dirumah jer kan.. so macam2 resepi dan menu dicuba untuk isi masa… begitu juga la kak rose ni, cuba buat kudapan untuk teman menghadap pc… sambil menaip, sebelah tangan masuk dalam balang kutip siput masuk molot..walaupun dah di era pkpp, tapi kak rose masih jugak lah duduk dirumah saja… minggu depan baru en asben bercuti dan boleh lah balik kampung…ziarah kubur arwah emak, bapa dan ziarah adik beradik dan saudara mara yang lain. Insya Allah.

sebelum tu, jom lah tengok reepi kuih siput rangup ni…

Bahan-Bahan:

  • 500 gram tepung gandum
  • 150 gram majerin/mentega
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
  • 1 biji telur
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil garam
  • 150 ml air

Cara Membuat Kuih Siput

1) Mula-mula tuang sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang
putih. Selepas itu masukkan udang kering. Goreng sehingga agak garing.
Toskan minyak dan sejukkan seketika sebelum ditumbuk halus kedua-duanya
dan ketepikan.
2) Sambil itu anda boleh cairkan mentega dan ketepikan. Biarkan ia sejuk seketika.
3) Dalam satu bekas yang lain gaulkan tepung gandum  bersama serbuk
rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan
bahan yang telah ditumbuk halus tadi.
4) Selepas itu tuang mentega cair yang telah disejukkan sedikit demi
sedikit ke atas campuran tepung gandum. Gaulkan dengan tangan sehingga
menjadi seperti serbuk roti.
5) Untuk mendapatkan kuih siput yang rangup anda perlu ketepikan adunan seketika dan biarkan mentega menyerap ke dalam tepung.
6) Kemudian tuang air dan telur (dipukul sedikit terlebih dahulu)
berselang seli ke dalam adunan tepung. Gaul sebati sehingga menjadi doh
yang lembut. Sekiranya doh masih keras, anda boleh tambahkan sedikit
lagi air.
7) Setelah itu rehatkan doh seketika.
8) Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput.
Letakkan kuih yang dibentuk ke dalam dulang yang telah ditabur dengan
sedikit tepung agar tidak melekat.
 9) Akhir sekali goreng kuih siput bersama daun kari sehingga kekuningan.
Setelah itu angkat dan toskan. Biarkan kuih siput sejuk seketika
sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

ep2p-5small