Microsoft Mengumumkan Penutupan Kesemua Rangkaian Kedai Fizikal – Amanz

Perkara paling ketara yang dapat dilihat ketika wabak Covid-19 memusnahkan dunia ialah penutup pelbagai perniagaan seperti restoran, dan hotel. Microsoft yang merupakan syarikat gergasi juga nampaknya terkesan dan telah mengumumkan penutupan kesemua rangkaian kedai fizikal Microsoft Store mereka di seluruh dunia.

Microsoft StoreDengan penutupan kedai fizikal, Microsoft akan menumpukan jualan sepenuhnya secara atas talian. Empat Microsoft Store yang terletak di London, New York, Sydney dan kampus mereka di Redmond akan diubah menjadi bilik pameran untuk pelanggan mencuba tanpa produk untuk dijual.

Kesemua kakitangan jualan akan dipindahkan kepada khidmat bantuan serta latihan pelanggan secara atas talian. Penutupan ini akan menyebabkan kerugian $450 juta untuk suku yang berakhir 30 Jun 2020.

Microsoft Store mula dibuka pada tahun 2009 sempena pelancaran Windows 7 di Arizona. Ia dilihat sebagai jawapan Microsoft kepada Apple Store yang telah beroperasi sejak 2001. Selepas hampir 11 tahun, sebanyak 116 kedai telah dibuka di empat negara.

ep2p-2