iPad Air Baharu Mungkin Akan Turut Menggunakan USB-C – Amanz

iPad Pro ialah peranti mudah alih pertama Apple yang dilengkapi port USB-C. Ia memberikan harapan bahawa produk-produk lain terutamanya iPhone akan turut menggunakan port pengecasan ini sebagai standard. Tetapi ini masih lagi belum berlaku walaupun diramalkan sejak 2018. Terkini laman MacOtakara mengatakan iPad Air baharu akan akhirnya dilengkapi port USB-C.

Magnetik USB-CMenerusi sumber pembekal Cina MacOtakara berkata iPad Air baharu ini juga akan mempunyai rekaan seakan iPad Pro 11-inci. Sejak dilancarkan pada tahun 2013, iPad Air menggunakan port Lightning dan dilengkapi butang home fizikal. Dengan rekaan ini sudah dianggap agak lapuk, perubahan drastik mungkin perlu dilakukan bagi menarik pengguna.

Adakah ini bermakna penggunaan USB-C pada iPhone akan akhirnya menjadi realiti? Kami hanya boleh mengatakan ia sukar diramal. Apple pernah berkata mereka menggunakan Lighthing bagi mengelakkan pengguna membuang pengecas lama yang akan meningkatkan lambakan sisi elektronik selepas dipaksa oleh kesatuan Eropah. Hanya beberapa hari yang lalu ura-ura iPhone tanpa port pengecasan juga kembali didengari.

ep2p-2