Cara Mohon Dan Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma

[TERKINI] Cara Mohon Dan Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 dan OKU

 Apa itu MYTV/ Myfreeview?

MYTV adalah siaran tv digital percuma di Malaysia. Malaysia sedang menuju ke siaran digital sepenuhnya. Ini kerana siaran konvensional sekarang (analog-bintik2) akan ditamatkan perkhidmatan bagi menyediakan siaran dan gambar yang lebih baik sesuai dengan status negara yang semakin berkembang. Penerima BSH/BRIM terpilih ada yg mendapat decoder secara percuma dari kerajaan. Yang tak terpilih kena beli. Fahamkan maksud penerima BSH/BRIM TERPILIH. Maksudnya jika anda penerima BSH/BRIM, tak semestinya anda mendapat decoder MYTV secara percuma dari kerajaan.

Bagaimana nak dapat siaran digital melalui dekoder MYTV?

Siaran MYTV hanya boleh diterima dengan dekoder khas DVB-T2 BERSAMA antenna digital atau UHF tulang ikan.Untuk model baharu (dari kerajaan), ada juga connection utk S2. Maksudnya boleh terima siaran melalui piring satelite. Kalau ada piring astro tak pakai, boleh guna. Namun hanya dapat terima siaran menggunakan decoder ori dari kerajaan DAN disahkan oleh pengendali mytv bhw decoder boleh menggunakan piring satelite.TV keluaran baru juga ada yang memasang dekoder T2 secara built-in (sudah pasang siap dalam tv). Bermaksud cuma perlu sambung antenna sahaja.

Cara pasang (T2) :
-Pasang antenna tv jenis digital atau tulang ikan (indoor @ outdoor bergantung pada kekuatan signal) ke dekoder.
-Pasang kabel AV @ HDMI dari dekoder ke tv.
-On dekoder, cari channel dan signal. Selesai.
Manual mudah disediakan.

Bagi mereka yang tidak berjaya mendapatkan dekoder MYTV percuma anda boleh mendapatkan dekoder tersebut di pasaran sekarang. Harga untuk satu set dekoder MYTV adalah serendah RM 169 sahaja tanpa bayaran bulanan. MYTV menjanjikan perkhidmatan TV digital bertaraf dunia untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Setakat ini terdapat 13 saluran televisyen dan empat radio boleh didapati dengan MYTV. Syarikat itu mensasarkan untuk menambah lagi siaran sekurang-kurangnya 30 siaran untuk dinikmati rakyat Malaysia. Dengan perkhidmatan TV digital ini rakyat akan dapat menonton kualiti TV yang lebih baik serta banyak pilihan. Ia juga dapat mengurangkan beban tanpa membayar secara bulanan.

Cara Membuat semakan Kelayakan Mendapat Dekoder MYTV

Sila lihat melalui link di bawah untuk membuat semakan . Pemberian dekoder percuma adalah muktamad dan tidak boleh dipinda:
Dekoder MYTV Percuma (BSH)
Masukkan nombor kad pengenalan Tekan butang hantar dan keputusan akan dipaparkan

Bagi Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum menerima set dekoder myFreeview percuma, sila membuat pendaftaran dengan mengemaskini maklumat anda selewat-lewatnya 31 Mei 2020.

Semakan melalui SMS untuk Dekoder MYTV
Selain daripada semakan secara atas talian, anda juga boleh membuat semakan kelayakan melalui SMS
Taip MYTV Dekoder NoKP  dan hantar ke 15888
Pemasangan yang berdaftar.
Pengguna MYTV dinasihatkan membuat pemasangan sendiri berdasarkan panduan yang telah disediakan. Namun jika memerlukan bantuan boleh menghubungi pemasang berdaftar seperti pautan di bawah:
Pemasang berdaftar MyTV
Caj RM 180 dikenakan untuk pemasangan dan RM 50 untuk perkhidmatan penyelenggaraan
Jaminan pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga adalah selama tujuh hari sahaja
Saluran digital tv yang disediakan
Berikut adalah senarai siaran yang boleh didapati melalui MYTV. Sebarang penambahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
TV1
TV2
TV3
NTV7
TV ALHIJRAH
TV9
8TV
Bernama News
TV Okey
TVi
TV3 HD
RTM HD
CJ Wow
Drama Sangat
Shop
Bernama News Channel (BNC)
TV ALHIJRAH

ep2p-5small