Cara Menghalang Iklan Di YouTube Tanpa Sebarang Pemalam Atau Langganan YouTube Premium – Amanz

YouTube adalah platform menstrim video yang besar dan popular dan juga merupakan platform di mana ramai orang jadikan sebagai platform mencari sumber pendapatan. Ia adalah percuma untuk digunakan tanpa sebarang langganan, tetapi akan ada iklan dipaparkan. Ada iklan yang boleh langkau ada iklan yang wajib ditonton selama 5 saat sehingga 30 saat. Cara untuk membuang iklan ini adalah dengan menggunakan pemalam atau perisian penghalang iklan seperti AdBlock atau melanggan pelan YouTube Premium.

Bagi yang tidak gemar menggunakan AdBlock atau tidak mampu melanggan YouTube Premium, ada cara mudah lain yang anda boleh buang iklan dari YouTube tanpa sebarang modifikasi haram seperti YouTube Vanced, root peranti atau muat turun cetak rompak. Cara ini adalah dengan hanya menambah noktah “.” pada URL video yang ingin ditonton. Contohnya adalah;

URL biasa – https://www.youtube.com/amanznetwork

URL yang ditambah noktah – https://www.youtube.com./amanznetwork

Ya semudah itu sahaja. Hanya tambah noktah selepas “.com” dan sebelum “/”.

Bagaimana ia berfungsi? Dengan menambah “.”, laman web YouTube tidak akan menormalkan hostname dan menyebabkan kandungan di laman web masih memaparkan dalam keadaan biasa – sambil beberapa perkara lain tidak berfungsi dengan jayanya. Kebanyakan laman web memaparkan iklan dengan pada pelayan dengan URL tanpa “.” tambahan. Jadi dengan menambah noktah ini, ia menapis semua iklan.

Apa pun, anda dinasihatkan untuk menyokong saluran yang anda minati dengan menonton iklannya, atau dengan melanggan YouTube Premium. Kerana dengan iklan, ia adalah sumber pendapatan ramai penerbit kandungan di YouTube. Lebih baik anda langgan sahaja YouTube Premium yang berharga RM17.90 seorang atau pelan keluarga yang berharga RM26.90 untuk enam orang (kurang RM4.50 seorang).

ep2p-5small