Wak Doyok Dihadap Ke Mahkamah

JOHOR BAHARU: Personaliti Mohd Azwan Md Nor, 41, atau Wak Doyok dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi ini atas pertuduhan menggunakan tanpa kebenaran bertulis lambang Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim bagi tujuan persendirian.

Pada 30 April lepas, Wak Doyok dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Ia susulan selebriti berkenaan membeli cincin mempunyai lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sebelum itu, Wak Doyok dilaporkan memohon maaf kepada keluarga diraja Johor apabila dia menempah sebentuk cincin ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Ia selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim di Instagram.

Sumber: Bernama, Berita Harian, Astro Awani

– SuaraTV

ep2p-5small