Spesifikasi Surface Duo Tertiris – Membuatkan Anda Berfikir Dua Kali Sebelum Membeli – Amanz

Menerusi Surface Duo, Micorosft akan kembali ke arena penghasilan telefon pintar selepas kali terakhir melancarkannya pada tahun 2016. Pelancaran Surface Duo amat dinantikan kerana ia bukan sahaja menggunakan Android tetapi hadir dengan dwi-skrin yang boleh dilipat. Semalam spesifikasi peranti boleh-lipat ini tertiris menerusi laman Windows Sentral dan ianya akan mengecewakan.

Peranti dilengkapi dwi-skrin 5.5″ OLED dengan resolusi 1350×1800 setiap satu, dijana cip Snapdragon 855 yang digunakan peranti mercu tahun 2019, dipadankan dengan memori sebesar 6GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera 11-megapixel dan bateri sebesar 3460. Ia turut mempunyai sokongan stylus Surface Pen.

Satu lagi kekecewaan ialah Surface Duo tidak akan mempunyai sokongan 5G walaupun tahun lalu Samsung mampu menyertakannya pada S10 5G yang juga menggunakan Snapdragon 855.

Surface DuoJadi mengapakah Microsoft tidak menggunakan sekurang-kurangnya Snapdragon 865? Jawapan terletak pada kemungkinan rekaan akhir telah dilakukan sebelum Snapdragon 865 diumumkan pada Disember 2019. Surface Duo sekiranya anda ingat diumumkan pada Oktober 2019.

Peranti 5G juga menggunakan lebih banyak antena berbanding peranti 5G sehingga kerangka peranti tidak mampu menggunakannya. Sekiranya spesifikasi ini adalah tepat, ia membuatkan kami berfikir duo kali untuk membelinya jika ditawarkan di Malaysia.

Dalam sejarah peranti pintar, penggunaan pemproses lama pada peranti baharu kerap berakhir dengan tragedi.  Kes paling terkini ialah RED Hydrogen dua tahun lalu yang menggunakan Snapdragon 835 sedangkan peranti mercu lain sudah menggunakan Snapdragon 845. Kegagalan peranti ini menyebabkan RED terus membatalkan penghasilan peranti susulan.

ep2p-5small