Skim perumahan belia BSN MyHome-i Permohonan dan panduan |

Permohonan skim Perumahan belia BSN.Berita baik buat pasangan yang sudah berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun serta belum mempunyai rumah pertama dipelawa untuk membuat permohonan bagi Skim Perumahan Belia BSN (Youth Housing Scheme YHS)

Skim Perumahan Belia BSN diwujudkan untuk membantu pasangan suami-isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah idaman pertama mereka

Skim Perumahan Belia adalah insentif oleh kerajaan Malaysia dan BSN (Bank Simpanan Nasional) dengan kerjasama pintar kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Cagamas.Pasangan belia yang sudah berkahwin disarankan mengambil peluang ini sebaik mungkin dengan mengemukakan permohonan kerana Skim Perumahan Belia BSN terhad kepada 20,000 pembeli pertama sahaja serta berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’

Permohonan dan panduan cara memohon Skim perumahan belia BSN MyHome-i

TARIKH PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA
Dibuka Ditutup
1 Januari 2020 31 Disember 2021
Tarikh di atas adalah tarikh yang dilanjutkan berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN
Warganegara Malaysia
Berumur dari 25 tahun hingga 40 tahun
Berkahwin
Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
Belum memiliki rumah sendiri
Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i
MANFAAT DAN KELEBIHAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN
Kadar bunga yang rendah antara BR+0.45% sehingga BR+2.85%
Menawarkan jaminan pinjaman sebanyak 10% menerusi Cagamas untuk membolehkan peminjam memperoleh pembiayaan penuh
Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM200 untuk pelanggan bagi dua tahun pertama bermula daripada pengeluaran pinjaman yang pertama (terhad kepada 10 ribu unit rumah)
Pembiayaan sehingga 100 peratus harga pembelian dan sehingga 5 peratus harga pembelian bagi MRTT atau MRTA
Pengeculian pembayaran duti setem sebanyak 50 peratus bagi penjanjian pinjaman
Pembiayaan sehingga maksimum RM500,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 35 tahun atau umur maksimum 65 tahun
Persoalan Sering Ditanya (FAQ) Dan Jawapan Skim Perumahan Belia BSN

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN : SKIM PERUMAHAN BELIA BSN

PEMOHON BERGAJI / PEMOHON BERSAMA (PASANGAN SAHAJA)
Salinan kad pengenalan
Sijil perkahwinan yang sah
Slip gaji 3 bulan terkini
Nota: Bagi permohonan tunggal, suami atau isteri pemohon perlu mengemukakan satu (1) salinan slip gaji terkini
Penyata bank 3 bulan terkini
Slip gaji dan penyata bank 6 bulan terkini (pendapatan lain)
Penyata KWSP
PEMOHON BEKERJA SENDIRI / PEMOHON BERSAMA (PASANGAN SAHAJA)
Salinan kad pengenalan
Sijil perkahwinan yang sah
Pendaftaran syarikat (SSM)
Borang B/BE + Resit LHDN
Penyata Kewangan Syarikat
Penyata bank syarikat untuk 6 bulan
Dokumen lain seperti laporan lawatan tapak dan sebagainya
BERKAITAN
Maklumat Lengkap / Rasmi Skim Perumahan Belia BSN
Sebarang keterangan lanjut berhubung dengan Skim Perumahan Belia/-i, sila kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Boleh layari laman web di www.mybsn.com.my atau hubungi talian hotline khidmat pelanggan BSN di 1300-88-5465

ep2p-5small