PLUS Hadir Dengan Chatbot Untuk Menjawab Persoalan Umum Dengan Pantas – PUTRI – Amanz

PLUS hari ini telah mengumumkan pengenalan chatbot mereka tersendiri dalam usaha memudahkan menjawab persoalan umum dengan pantas, dinamakan PUTRI.

PUTRI merupakan ringkasan kepada PLUS Texting Realtime Interface, dimana pengguna boleh berinteraksi dengannya melalui kotak sembang khusus pada laman rasmi PLUS dan juga PLUSMiles.

Seperti sejumlah chatbot lain, ia menyediakan penawaran pilihan jawapan, dan cadangan berasaskan kepada input. Antara persoalan yang dijawab oleh PUTRI adalah termasuk berkaitan kadar tol, maklumat trafik semasa, mengetahui lanjut mengenai PLUSMiles, dan sebagainya.

Anda boleh mencuba PUTRI hari ini melalui laman rasmi PLUS dan PLUSMiles.

Layari : PLUS

ep2p-5small