Permohonon SPNB Rumah Mesra Rakyat dan Rumah Idaman Online

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018.SPNB juga memberi peluang kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai tanah sendiri untuk memiliki rumah pada harga patut mengikut kemampuan masing-masing samada melalui Program RMR yang mempunyai subsidi atau tanpa subsidi

Kerajaan dalam setiap pembentangan Bajet (Belanjawan Malaysia) berusaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dengan menyediakan peruntukan dari segi jumlah pembinaan rumah melalui program yang diperkenalkan kepada golongan sasar

Permohonan Rumah Idaman Rakyat Borang Online

PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN
Permohonan pendaftaran Rumah Idaman Rakyat (RIR) boleh dilakukan secara atas talian (Online). SPNB tidak meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran (tertakluk kepada pengumuman terkini)
DASAR RUMAH IDAMAN RAKYAT (R1R)
Melaksanakan pembangunan Rumah Idaman Rakyat (RIR) secara konsep bercampur dengan harga jualan rumah tidak melebihi RM250,000 seunit dan harga jualan kedai tidak melebihi RM1,000,000 seunit di atas tanah yang dikurniakan atau usahasama dengan kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan, badan berkanun atau atau agensi – agensi kerajaan yang berkaitan

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia Borang Online dan manual

Tujuan utama RMR1M adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tinggal di rumah usang atau tidak mempunyai rumah, tetapi memiliki tanah dengan syarat yang cukup, untuk membina rumah sendiri.

RUMAH MESRA RAKYAT (RMR1M)
Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa
SYARAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA (RMR1M)
Warganegara Malaysia
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 60 tahun
Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,500 sebulan
Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna
Pemohon adalah tuan punya tanah dan / atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran / suratan hakmilik
Tanah / tapak mestilah bersesuaian dan bebas daripada sebarang sekatan dan pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah bersama (sekiranya ada)
Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps
Tertakluk kepada kelulusan pinjaman daripada Bank / Institusi kewangan
Hanya satu unit Rumah Mesra Rakyat sahaja yang boleh dibina untuk satu geran yang dicagarkan

ep2p-5small