My Kuali: Sarapan selepas raya..

Asalamualaikum dan salam Syawal ke lima hari ini..

pkp/pkpb hari ke 72…

hari ni nak tepek menu sarapan keluarga kecik kak rose.. belum memulakan untuk berpuasa enam selepas raya ni.. Insya Allah kalau dah reda dan setel semuanya nanti… so sementara tu meh ler nak tepek kat sini sarapan kak rose anak beranak… yang kat atas sekali ni bila anak dah balik kerumah sendiri dan en asben pun dah stat keja… bekpes sorang2 dengan taost n kiwi fruit, juga susu omega yang kak rose tak amik sepanjang berpuasa… so mula kan lah balik susu dan oats tu.. sebenarnya awal pagi tadi dah amik nescafe o kosong dan oats, so yang ni kira macam tea break lah.. boleh gitu?

 yang ni menu pagi raya kami… masak simple jer.. rendang daging, nasi impit, kuah lodeh dan sambal tumis. lemang dan serunding daging tu beli jer… cukuplah untuk kami anak beranak dan untuk jiran2 sebelah jugak… ade lemang, rendang ayam sambal ijo dan kuah kacang dari jiran sebelah kanan dan nasik impit dan rendang ayam dari jiran sebelah kiri pulak..meriah menu pagi raya kami..

 pagi raya kedua… tak mo dah menu raya, so goreng mee dengan udang banyak2, goreng tempura dan buah betik dan pisang… Alhamdulillah..

next day tu masak nasik lemak pulak… goreng kan fillet ayam bersalut dengan tepung bistari sebagai side lauknya..Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan…

ep2p-2