My Kuali: Iftar #22 mlcp ketam

Selamat berpuasa Ramadhan ke 23 dan pkpk/pkpb 60..

dah dua bulan tuan rumah terkurung…#stayathome #covid19

 setelah sekian lama tak masak ketam, en asben beli la pulak… mulanya a bit reluctant nak masak ni sbb memang allergic sangat dengan ketam ni… tapi bila dah beli tawakkal Allah, harap2 tak lah menggaru sebab allergic tu.. masak lemak dengan ciliapi dua biji style nisemilan… sedap lah pulak, tapi ubat pun ready just in case kan.. so far hingga pagi ni masih ok.. harap2 tak lah timbul allergic yang macam gegata tu lagi kan.. resepi dari blog Azie Kitchen, mekasih ya.

 dan ayam fillet yang masih banyak berbaki, goreng kicap dengan cauliflower cam ni memang laku lah… gorengkan separuh masak ayam tu dan masak kicap pulak… walaupun dah sejuk ayam tetap lembut dan juicy, Alhamdulillah..

 

 kuih untuk berbuka kak rose buat onde onde keledek, kuih yang tertangguh masa 1st puasa hari tu sebab kehabisan tepung pulut kan.. so kali ni jadi lah..dan buat beso2, bila gigit gula cair habis berterabur. hihi… makan dua biji pun dah kenyang!

 buah mangga lemak manis, mangga susu dan tembikai kuning… pakej kuning semuanya!

 homemade tau fu fah…anak belikan sebotol besar fresh air soya ni… memang tak abes lah nak minum jer, so kak rose cari resepi camner nak buat tau fu fah ni..jumpa resepi tu kat sini… terima kasih kongsikan resepinya ya. dan ini lah kejadiannya..

sedap dan lembuuuuut jer makan masa berbuka semalam…so tak lah membazir air soya yang tak abes tu kan…

ep2p-5small