My Kuali: Iftar #10 tang yuan

Alhamdulillah.. selesai 10 hari pertama Ramadhan…

 dan semuga kita terus diberikan kekuatan mental dan kesihatan fizikal untuk terus menjalani ibadah dibulan Ramadhan ini… cumanya rindukan suasana berterawih berjemaah dimesjid seperti sebelum2 ini… kini kami cuma berdua, imam dan makmum sajalah..semuga ibadah kami diterima olehnya. Aamiin. dan untuk berbuka petang semalam kak rose buat tang yuan ni atas permintaan en suami yang nak makan yang sempoi2 cam ni… no lemak2 katanya, tapi lepas tu mintak goreng fries pulak..😉 boleh gitu?  resepi tang yuan kat sini… sangat mudah nak buatnya kan.

 tiga macam grapes dan tiga macam rasa jugak…

 tak nak lemak2 tapi kalau goreng macam ni tak pe pulak kan… tukang masak ikut jer lah!

 sayur taugeh n kacang panjang.

sambal udang sempoi campur dengan capsicum hijau. Alhamdulillah dengan rezekinya.

ep2p-5small