Lampu SunnySide Menawarkan Pencahayaan Seperti Matahari Sebenar Dalam Rumah – Amanz

Manusia moden menghabiskan banyak masa di dalam rumah tidak seperti leluhur mereka. Antara impak negatif ialah kekurangan vitamin D dan pola tidur yang cacamerba. Kadang kala ini tidak dapat dielakkan kerana mereka bekerja pada syif malam. Bagi membolehkan sistem tubuh berfungsi dengan lebih teratur, lampu SunnySide telah dilancarkan.

SunnySide menawarkan sistem pencahayaan buatan manusia yang menyerupai lampu sebenar. Ia kelihatan seperti tingkap dengan cahaya yang berubah mengikut posisi matahari di langit dan keterangan cahaya pada waktu tertentu. Ia juga boleh dikawal untuk memberikan keterangan dan warna cahaya mengikut kehendak pengguna.

Sistem lampu buatan sendiri ialah sebahagian projek yang dibangunkan kakitangan Samsung menerusi program C-Lab mereka. Selain SunnySide empat lagi projek dari C-Lab kini akan diteruskan sebagai syarikat permula bagi meneruskan projek ke peringkat seterusnya. Empat lagi projek tersebut adalah seperti di bawah,

Blockbuster – Aplikasi yang menambah kesan khas CGI yang kelihatan realistik dengan mudah ke dalam video.

Hyler – sebuah pena highlighter pintar yang mengubah nota tulisan tangan ke bentuk digital terus ke peranti pintar.

Haxby–  yang merekod kesalahan di dalam buku kerja rumah dan kemudiannya memberikan saranan latihan lain yang boleh dilakukan bagi membaiki kelemahan.

RootSensor – Pengesan sinaran ultra ungu yang boleh digunakan pada peranti boleh-pakai, kereta pintar dan bangunan pintar. Ia memantau kadar dedahan ke atas cahaya ultra ungu dan penghasilan vitamin D.

ep2p-5small