Jururawat Pakai Baju Dalam Rawat Pesakit Covid-19, Dikenakan Tindakan Disiplin

RUSIA – Seorang jururawat di wad lelaki untuk pesakit Covid-19 sebuah hospital dalam wilayah Tula, dikenakan tindakan disiplin apabila gambarnya hanya memakai pakaian dalam disebalik gaun perlindungan, menjadi viral.

Walaupun tindakannya itu tidak mendapat komen negatif dari pesakit sendiri tapi ketua hospital berkenaan tidak gembira dan memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin ke atasnya.

Jururawat berusia lingkungan 20-an yang tidak dinamakan itu mendakwa, dia berasa ‘panas’ memakai pakaian jururawat dan gaun berkenaan.

Dia memberitahu pengurus hospital tempat dia bekerja yang dia tidak menyedari bahawa gaun itu terlalu “terdedah’.

Walaupun begitu, Kementerian Kesihatan wilayah berkenaan menjelaskan bahawa tindakan disiplin yang diambil ke atas jururawat berkenaan atas alasan tidak mematuhi etika berpakaian bagi penyakit berjangkit – Daily Mirror

– SuaraTV

ep2p-5small