Iftar #25 nasi goreng daging

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 26..

 bila ada lebihan nasik dan tak nak membazir, nasik goreng lah jawapnya kan… walapun masak cuma satu pot jer, tapi selalu je ada berbaki… so kita pelbagaikan nasik goreng lah.. kali ni kak rose buat nasi goreng daging yang sedap nih… tapi bila makan dah lewat dan perut pun kenyang waktu berbuka tadi, so nasik goreng yang sedikit ni pun tak terhabeskan… maaf lah ya wahai nasik. resepi nasi goreng daging ada kat sini ya..

 dan menu berbuka kak rose berdua, sumi jelly sorang seketui, cukup dah..

buat lagi onde onde keledek ni… kes nak abeskan keledek oren yang
masih berbaki tu… buat pun sikit jer. Alhamdulillah tak berbaki, cukuplah 10 biji untuk kami berdua…

for the dessert, buah mangga apple yang besar dekat sekilo sebiji tu, dan yang ni sepertiga jer kak rose potongkan gandingkan dengan tembikai merah. Alhamdulillah rezeki untuk hari ini…

ep2p-5small