Iftar #16 dan salam Nulzul Quran

Asalamualaikum dan selamat pagi..

Salam Nuzul Quran, Selamat Hari Ibu dan salam pkp hari ke 54..

 meriah menu berbuka kak rose petang semalam… kami berempat bila anak2 datang berbuka bersama2…en asben beli cendol ni, tapi kami cuma makan denagn air gula jer.. terus teringatkan MIL yang jauh dimata, cendol cam ni lah antara menu berbukanya almost setiap hari… tapi bila dapat makan semangkuk cendol ni terus rasa perut penuh dah!

 buat jugak agar2 sumi jelly ni, cuma dapat makan satu bekas kecik ni jer… yang lain tu esok2 lah pulak ya. dan yang dalam bekas tu untuk anak2 jiran sebelah.. harap mereka suka lah ya.

 sebenaynya kuih apam perlis inti kacang merah ni menu berbukanya, tapi cuma dapat jamah sebiji jer bila perut dah penuh dengan macam2 tu… dan yang ni pun kak rose buat banyak untuk