Iftar #13 pisang sos karamel

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 14 dah hari ni…

dan hari adalah pkpb hari yang ker 51.. hampir dua bulan kita stay at home jer!

Malaysian boleh! terus patuhi arahan kerajaan..

 dan petang semalam en asben mintak buatkan grilled pisang dengan sos karamel ni… nampak macam hangus kan caramel tu, tapi encik asben makan elok jer hingga habis dan tak makan menu berbuka yang lain.. selain pisang ni dah buah dia cuma makan seketul karipap dan buah masa bebuka. lepas terawih barulah kami makan nasik pulak..

 buah ni memang habis lah kami makan sampai kenyang… bila dah kenyang dengan buah dan air memang yang lain kurang lah..

 cuma sebiji karipap, sebutir kuih bom dan sepotong murtabak daging yang terusik… selalunya en asben suka sangat makan murtabak dengan kuah bawang ni, tapi kali ni memang tak terusik lah bawang tu sebab dah kenyang denagn pisang karamel tu.

 sotong goreng celup tepung bistari untuk digandingkan dengan nasik lemak..

nasik lemal seadanya permintaan dari en asben jugak.. tapi bila makan pun dah lewat dan perut pun masih kenyang masa berbuka tadi… sikit jer yang terabeskan, tapi makan lah jugak untuk bekalan tenaga puasa dihari keesokkanya..

ep2p-5small