Zahid Ucap Tahniah Perlantikan Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  atas perlantikannya sebagai Duta Khas negara ke Timur Tengah.

Ucapan tersebut dibuat dalam satu hantaran di laman Facebook milik presiden Umno itu sebentar tadi.

“Saya merakamkan ucapan tahniah kepada YB Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS atas pelantikan sebagai Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah”, katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Hadi sebagai Duta Khas Malaysia ke timur tengah bertaraf menteri.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Abdul Hadi Awang adalah Presiden Pas dan juga Ahli Parlimen Marang merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004. – SuaraTV

ep2p-5small