PKP 4 Kan Fasa Pemulihan, Tak Salah Rasanya Keluar Berdua

RAMAI orang di media sosial nampak tak puas hati bila semalam kerajaan benarkan 2 orang dari isi rumah yang sama keluar untuk urusan beli barang keperluan, dapat khidmat kesihatan dan sebagainya.

Mereka sangka keputusan itu ada kaitan dengan kes anak seorang tokoh politik yang kebetulan didakwa melanggar PKP bila keluar berjumpa Menteri dan beli barang bersama suami.

Yang hujah sisi bimbang, bimbang, yang hujah sisi politik, politik. Lebihnya berat ke politik.

Tapi kalau utamakan objektif dan letak politik ke tepi, nampaklah nanti keputusan itu sebetulnya tidak ada kaitan langsung dengan kes berkenaan.

Jika kita perhatikan cara kerajaan ini menguruskan wabak Covid-19 di negara kita – dari mula PKP fasa pertama, minggu ke minggu, sehingga PKP Fasa 4 sekarang, jelas semuanya bertahap.

Mula-mula tu lebih kepada nak beri kesedaran – maklum saja benda tak pernah berlaku sejak merdeka. Fasa yang selepas itu penguatkuasaan nampak tegas sikit, semakin tegas, beri beberapa kelonggaran dan seterusnya.

Tak sebut lagi kadar jangkitan semasa pada setiap fasa PKP itu dilaksanakan, ini semua berkaitan.

Sehinggalah ada sektor ekonomi bukan keperluan (non-essential) yang mula dibenarkan untuk beroperasi pertengahan bulan ini, apa peliknya pulak untuk 2 orang dari isi rumah yang sama dibenar keluar membeli barang?

Padahalnya lagi ramai orang terlibat tu banding 2 orang keluar sekali dari rumah yang sama. Betullah bukan satu rumah saja tapi samalah macam industri tadi, bukan satu syarikat saja.

Realitinya, sebelum kebenaran diberikan semalam, dah ramai pun keluar berpasangan. Siapa yang ditugaskan keluar beli barang keperluan tu tahulah.

Tak ramai, tapi ada, terutama pasaraya yang dalam lingkungan 10km. Menafikan pun sama seperti sia-sia. Tapi kita faham susah orang, ada yang larat bawa kereta tapi tak larat tolak troli penuh, tak kenal barang nak dibeli dan sebagainya.

Justeru, pada fasa pemulihan ini, apalah salahnya dibenarkan 2 orang dari isi rumah yang sama keluar sekali membeli barang dan sebagainya? Sekurang-kurangnya bila keadaan lebih memulih nanti, taklah terasa janggal sangat.

Lagipun, SOP-SOP lain masih terpakai, bukan boleh bebas begitu saja.

Yang pentingnya dari cara krisis ini dikendalikan pun, kita insaf bahawa kerajaan ini tahu apa yang mereka dilakukan. Mereka pun tak nak kes baru bertambah di negara ini.

Bukan macam kerajaan dulu.

– SuaraTV

ep2p-5small