My Kuali: Mee goreng basah

Day 1 MCO phase 3… semuga lepas ni tak de lagi phase 4, Insya Allah..

Insya Allah kalau kita semua akur dengan perentah PKP untuk bersama sama memutuskan rantaian penyebaran deadly virus ini.. dan boleh lah kita berpuasa dan beraya dengan aman nanti kan.. semuga Allah mengkabulkan doa2 kita semua… Aamiin

stay at home, kita mesti menang. jom masak mee goreng sedap nih!

Bahan bahan:




500 gram mee kuning




100 gram isi ayam/daging – potong kecil (kak rose bubuh udang jer)




2 biji telur – pukul rata




1 biji buah tomato – potong kasar




3-4 ulas bawang putih – diketuk




1 ulas bawang merah – hiris halus




1 sudu besar cili kisar – guna 2 jika suka pedas




3 sudu besar sos cili




3 sudu besar sos tomato




3 sudu besar kicap pekat




Garam, air secukupnya




1 sudu besar gula – letak 1/2 sudu jer (tak letak)




Minyak



1 sudu besar sos tiram) yg ni kak rose tambah



1 packet fish cake)








Bahan tabur:




1 biji cili merah – hiris




Daun bawang




Limau nipis




Bawang goreng

 

Cara cara:



 




Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.








Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam kecut sebelum dimasukkan 1 mangkuk air untuk memasakkan ayam.








Masukkan
sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato serta gula. Masukkan
sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati. 



Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.



Mee sedia dihidang dengan daun bawang/daun sup, cili merah dan bawang goreng.

 

ep2p-5small