Iftar #1 1441 hijrah

Asalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua kengkawan..
Alhamdulillah, sempurna sudah puasa hari pertama dengan normal baharu…

 walaupun berpuasa dengan keadaan normal baharu yang kita kena lalui pada kali ini, tapi pada kak rose sama saja rutin  berpuasa seperti yang dulu dulu… memang kak rose tidak bergantung sangat dengan keberadaan bazar ramadhan… memang lebih selesa untuk menyediakan sendiri semua juadah berbuka. itu yang lebih memenuhi selera keluarga kecil kami… masak seadanya jer.. yang penting kali ini tidak perlu bergegas ke mesjid untuk solat terawih, dan semuga istiqamah mendirikannya dirumah bersama keluarga sendiri…

 dan nak jugak tepek kat sini juadah simple kami petang semalam… kurma safawi pemberian anak. terima kasih anak2, belikan untuk mama yang tak dapat nak keluar rumah ni… segala keperluan memasak dibeli oleh en suami dengan bantuan list yang panjang.. dan dah kali ketiga dia pergi ke pasaraya, patah balik sebab queue terlalu panjang. tak sanggup nak berbaris yang cuma akan menambahkan risiko jangkitan katanya… lebih rela dia g ke kedai runcit yang harga memang lebih mencekik leher la kan…cuma nya tak perlu berbaris terlalu panjang kat kedai tu walaupun masih kena jugak ikuti semua SOP di kedai2… social distancing  tu kan… so berhati2 jer la kan..

 dan hari pertama kak rose buat apam balik atas permintaan anak yang nak berbuka dengan apam ni.. resepi boleh tengok kat sini untuk yang nak mencuba ya.. buah2an tempatan semuanya, Alhamdulillah, en asben tak pernah lupa beli buah kalau g kedai.. makan jer apa yang ketua keluarga belikan.

 dan since jagung manis ada banyak lebihan buat apam balik tu, kak rose buat puding jagung ni.. buat separuh jer dari adunan resepi ni… itu pun masih berbaki separuh lagi, harap2 tak lah sampai membazir annti kan.

 sayur lemak petola campur dengan carrot, soon dan udang kering jer… sedap meratah.

 ikan siakap bakar dalam magic pan jer… paste ikan tu kak rose guna sambal tumis yang memang kak rose dah sediakan awal2 sebelum puasa hari tu… kalau rajin nak buat pes ikan bakar yang memang terbuti sedapanya boleh tengok kat sini resepinya ya.

2 kilo fillet ayam untuk stok bulan puasa ni… senang bila beli yang dah siap siang cenggini. memudahkan tukang masak nak masak yang simple2 dengan isi ayam ni. yang ni kak rose goreng dengan tepung bistari jer.. Alhamdulillah, selesai sudah puasa hari pertama dan semuga dipermudahkan untuk hari2 seterusnya.. Aamiin

ep2p-2