Android Kini Menyokong Papan Kekunci Braille Secara Terbina – Amanz

Braille ialah sistem tulisan tampak yang membolehkan OKU penglihatan membaca menggunakan jari. Antara kekangan teknologi yang ketara ialah akses kepada penggunaan peranti untuk golongan OKU. Semalam Google mengumumkan sokongan papan kekunci braille secara terbina pada sistem operasi Android,

Ia boleh diakses menerusi tetapan Talkback di dalam pilihan Accessibility skrin Settings, Apabila diaktifkan papan kekunci braille ini mempunyai enam kekunci maya yang apabila ditekan menghasilkan titik yang mewakili abjad braille. Untuk menaip A, tekan butang 1 dan untuk menaip B, tekaan butang 1 serta 2 secara serentak.

Papan kekunci ini boleh digunakan untuk pelbagai urusan termasuk penghantaran e-mel, menaip teks mesej atau dokumen dan kegunaan media sosial. Pada waktu ini papan kekunci braille hanya menyokong braille gred 1 dan 2 dalam Bahasa Inggeris sahaja serta pada peranti dengan sistem operasi Android 5 ke atas.

ep2p-5small