Pengasas PKR Salahkan Dr Mahathir, Pembantu Maszlee Tuduh DAP Punca PH Jatuh

PETALING JAYA – Perpecahan kembali melanda Pakatan Harapan ketika gabungan itu bersedia untuk kemungkinan menggulingkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen minggu depan.

Ini menyusul ketika PKR dan DAP yang kini merupakan parti penting dalam PH selepas sejumlah ahli PPBM tanpa mengira pangkat menyertai Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin, merancang “roadshow” di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Tetapi, walaupun ada cubaan untuk menunjukkan perpaduan dalam gabungan itu, pemimpin PH kini saling menuding jari berhubung punca kejatuhan kerajaan berusia 21 bulan itu.

Terdahulu, Syed Husin Ali yang merupakan seorang daripada pengasas PKR, hari ini menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun bekas Perdana Menteri itu bersetuju kembali ke blok PKR-DAP untuk menghidupkan semula PH.

> Saya Sedih Gagal Jadi PM Ke-8, Kerana Anwar Gila-Gila Nak Jadi PM – Dr Mahathir
> Dr Mahathir Minta Maaf Silap Strategi PH Tumbang, Tuduh Muhyiddin Pengkhianat
> Dr Mahathir Nafi Jadi Pencetus Krisis Politik Punca PH Tumbang

“Terima kasih Tun M. Dengan letak jawatan, Tun berjaya, gulingkan kerajaan pimpinan sendiri, gadaikan kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri kepada musuh, sekat kenaikan Anwar yang ditakuti.

“Tak payah minta maaflah,” tulis bekas Timbalan Presiden PKR itu di Twitternya.

Peletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri dan tindakan PPBM meninggalkan PH menyebabkan kerajaan PH tumbang minggu lalu.

Mahathir kemudiannya dilaporkan berkata, beliau meletak jawatan untuk membolehkan ahli Parlimen memilih perdana menteri seterusnya, walaupun berdepan tekanan daripada kumpulan pro-Anwar untuk mempercepatkan pelan peralihan kuasa kepada pemimpin PKR itu bagi menerajui negara.

“Sebagai manusia biasa, saya tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan saya adalah salah,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada 26 Feb lalu.

Pembantu Maszee tuduh DAP punca PH jatuh

Sementara itu, seorang pembantu kepada bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik yang memutuskan kekal dengan PH, mendedahkan pemimpin DAP memotong peruntukan untuk kementerian itu.

Zulfikri Zamir berkata, ini termasuk pemotongan bajet hampir RM500 juta untuk perkhidmatan keselamatan dan pembersihan di sekolah seluruh negara yang menyebabkan lebih 10,000 orang kehilangan kerja.

Zulfikri yang pernah menjadi Setiausaha Akhbar Maszlee mengimbau mesyuarat antara Maszlee dan Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, di mana seorang pegawai kanan berkata:

“Jaga sekolah ni tak perlulah ramai-ramai. Sekolah-sekolah kampung carilah ‘volunteer’ (sukarelawan), mak bapa yang tak ada kerja tu boleh ‘volunteer’,” tulis Zulfikri di portal berita The Malaysian Insight yang memetik kenyataan seorang pegawai.

> PH Sokong Dr Mahathir Jadi PM Untuk Halang Kerajaan Dominasi Melayu – DAP Sabah
> Dr Mahathir Sedia Jadi PM Sekali Lagi Selepas PH ‘U-Turn’ Kembali Menyokongnya
> Dr Mahathir Benci Saya Kerana Perkenal Gaji Minimum, Tak Sokong Mukhriz – Najib
> Maszlee Buat Kesilapan Besar Terlalu Jaga Ultra Kiasu Waktu Jadi Menteri – Prof Dr Ridhuan Tee

Zulfikri turut mendakwa pemotongan peruntukan itu menjejaskan aktiviti kokurikulum, badan beruniform dan program keagamaan untuk pelajar.

Beliau mendakwa bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching daripada DAP melangkau Maszlee dalam komunikasinya dengan kementerian Lim.

Sebaliknya, beliau berkata, Kementerian Kewangan mengumumkan peruntukan berjuta ringgit untuk membantu syarikat e-wallet milik kawan rapat pemimpin DAP, merujuk peruntukan RM450 juta bagi menggalakkan transaksi e-wallet.

“DAP, anda bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kejatuhan PH, namun kebangkitan semula para koruptor hari ini,” tulis Zulfikri.

ep2p-5small