My Kuali: Popia satar

Buat lagi….

 Alhamdulillah, dengan sedikit kerajinan dan sebab nak makan sangat so kita buat jugak lah satar popia ni..kalau bahan semua dah ada, memang mudah jer nak sediakan satar ni, dengan yakin kulit popia tu masih ada stok, sekali tengok cuma ada separuh pack jer dalam bungkusan tu…. uwaaaa… makanya popia satar pun cuma dapat untuk sekali ngadap jer… so bahan yang berlebih sebab dah kehabisan kulit popia tu simpan jer lah dalam freezer… entah bila pulak nak dapat kulit popia tu lagi lah agaknya ya???

 cuma ini lah yang dapat kak rose bungkuskan… jadilah untuk kami berdua lepas nak makan kan… jom tengok resepinya camner nak sediakan satar ni… terima kasih yang kongsikan resepi ni ya.

Bahan:

3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih )
10 biji cili api )
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih )ditumbuk
1 inci halia )
2 batang serai )
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara:

Ikan yang direbus tadi dibuang tulang
tumbuk hingga hancur.
Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk
Masukkan air asam jawa
perasakan garam dan gula
Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
*saya tambah sedikit halba untuk rase kelainan. (kak rose tak letak)

ep2p-5small