My Kuali: Apam balik

 kuih untuk pot luck mengaji… ni lah kuih yang kak rose buat untuk bawak sebagai buah tangan untuk weekly gathering bacaan surah Al-Kahfi pada jumaat lepas.. bersauna lah sekejap pada pagi hari tu…dan siap lah apam balik ni untuk dibawa sebagai buah tangan. kuih2 yang home made ni memang jadi kegemaran yang datang lah, instead of yang beli tu… tapi ramai yang beli jer sbb kesuntukan masa, sebab mengaji tu stat at 9am.. jadi memang tak sempat kalau nak sediakan kuih2 yang renyah dipagi hari tu..

jom tengok keeper resepi yang kak rose selalu guna ni..

bahan2 nya

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis, butter dan tabur sedikit gula dalam tu.)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dipat DUA dan sapukan butter pada kedua2 belah apam sebelum dipotong.

ep2p-5small