Majoriti Pencarum Sokong Pengeluaran I-Lestari

LOGIKNYA, tidak ada siapa pun di antara pencarum KWSP yang waras dan merdeka akalnya, akan membantah keputusan kerajaan untuk membenarkan mereka mengeluarkan caruman dari akaun 2 sebanyak RM 500 sebulan selama 12 bulan seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Ada beberapa sebab.

Pertama, ini pengeluaran dari akaun 2. Kalau nak cerita pasal masa depan (dan KWSP), selalu dirujuk orang ialah akaun 1. Akaun 2 ini memang untuk pengeluaran bagi pelbagai maksud sebelum capai usia 55 tahun pun. Beli rumah, bayar ansuran rumah, sambung belajar, sakit dan sebagainya.

Pergi Haji pun boleh guna duit dari akaun 2.

Kedua, ia adalah pilihan, bukan paksaan. Nak keluar, keluar, taknak keluar, tak siapa paksa. Ini bukan seperti pengurangan jumlah caruman dari 11% ke 7% selama 12 bulan yang diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi oleh PM Interim.

Itu mandatori, kalau nak kekal 11% seperti kadar lama, kena isi borang apa bagai. Juga bukan perkara baru kerana selama ini pun mengikut Akta KWSP, pencarum dibenar buat potongan lebih tinggi dari jumlah mandatori yang ditetapkan kerajaan – selama tidak melebihi 50% dari jumlah gaji (kalau tak silap)

Begitupun persoalannya, apakah dengan menyerah 4% dari gaji yang sepatutnya masuk dalam akaun KWSP ini wajar dalam konteks simpanan hari tua rakyat? Ada banyak hujahlah sebab perkara seperti ini (mengurangkan jumlah caruman pekerja) bukan pertama kali dibuat.

Setiap kali negara berdepan masalah ekonomi, memang ini antara langkah terawal yang diambil ialah mengurangkan jumlah caruman pihak pekerja. Ia untuk memastikan ekonomi domestik berkembang sebab rakyat ada lebihan wang untuk belanja.

Dalam konteks sekarang, 4% yang sepatutnya masuk akaun KWSP, sudah masuk poket.

Kalau nak hujah menjejaskan simpanan hari tua, boleh juga. Cuma mana lebih wajar, kurangkan jumlah caruman atau keluar dari akaun 2 yang memang dibenarkan keluar untuk urusan-urusan tertentu?

Nak bagi jelas, kurangkan caruman ini tidak ada istilah akaun 1 ke akaun 2, semua terjejas. Sedangkan pengeluaran RM 500 untuk 12 bulan ini, adalah pilihan bagi pencarum yang hadapi kesukaran akibat wabak COVID-19 dan langkah-langkah yang terpaksa diambil untuk mengatasinya.

Seperti Perintah Sekatan Pergerakan.

Justeru, kesimpulan mudah bagi yang membantah keputusan kerajaan dalam hal ini, hanyalah satu – politik. Lebih dari itu, pedulikanlah, buang masa fikir. Kalau dah dari awal bermotifkan politik, tidak ada logik apa pun boleh dipakai kerana fahaman politik lebih penting.

ep2p-2