EMEL PEMBACA: Membersihkan Pejabat Peguam Negara!

Tahniah kepada Tan Sri Idrus Harun yang dilantik sebagai Peguam Negara ke-11.

Namun pelantikan ini tidak bermakna apa-apa jika Idrus tidak berani membersihkan Pejabat Peguam Negara (AGC) daripada salah guna kuasa dan menggantikan pegaawai-pegawai yang tercemar dengan wajah lebih credible.

Pertama, rakyat ingin mengetahui berapa kos yang ditanggung oleh Pejabat Peguam Negara membayar khidmat rakan-rakan Thommy Thomas dalam kes 1MDB, SRC, kapal

  1. Tommy Thomas telah melantik peguam luar, Sitpah Selvaratnam bagi mengendalikan kes kapal mewah Equanimity. Terdapat khabar angin bahawa bayaran upah guaman  sekitar RM 2 juta menggunakan Dana Khas (slush fund) AGC.
  2. Berapakah kos yang ditanggung oleh Pejabat Peguam Negara atas pelantikan  Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk V Sithambaran. sebagai pendakwaraya kes 1MDB dan SRC. Mereka ini merupakan sekumpulan peguam ternama yang diketahui dalam rangkaian Thommy dan parti PH.

Kedua, tingkah laku Peguam Cara Negara II, Datuk Siti Zainab binti Omar, agak meragukan kerana kelihatan rapat dengan beberapa pemimpin DAP dan peguam negara sebelum ini. Ramai meragui keupayaan beliau bertindak tanpa berpihak.

Tindakan-tindakan meragukan beliau bukan sahaja sekarang tetapi dapat di kesan sejak 2017 lagi. Terdapat satu sebaran dalaman yang berlegar dalam AGC tetapi tidak pernah disiasat oleh Peguam Negara Thommy Thomas. Mungkin ini kerana membolekan Thommy mengawal Siti Zainab.

Pada tahun tersebut Datuk Siti Zainab Omar dikatakan menerima hadiah berharga dari pemilik hotel Swiss Garden Hotel & Residence, Melaka sebagai imbuhan memilih hotel tersebut sebagai tempat persidangan Pegawai Undang-Undang Jabatan Peguam Negara tahun 2017

Jabatan Peguam Negara telah mengadakanPersidangan Pegawai Undang-Undang Tahun 2017 di Hotel Swiss Garden, Melaka selama tiga hari bermula pada 11 – 13 Januari 2017.

Ketika itu, Datuk Siti Zainab Omar adalah Ketua Bahagian Penasihatdan Pengerusi Jawatankuasa Induk Persidangan.

Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali adalah Peguam Negara ketika itu. Persidangan tersebut telah menghimpunkan peserta seramai 631 orang dan kesemua bilik hotel tersebut dilanggani untuk tujuan persidangan tersebut.

Dalam ucapan perasmian persidangan tersebut, Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi  telah memberi peringatan kepada pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara supaya tidak sekali-kali terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran mana-mana peraturan undang-undang yang boleh mencemarkan imej serta nama baik Jabatan.

“Jabatan ini ingin menegaskan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pegawaiyang didapati terlibat dalam kesalahan melibatkanisu integrity dalam apa bentuk sekalipun,: katanya.

Pada ketika itu, ekonomi negara tidak begitu baik untuk dianjurkan persidangan dan hotel-hotel di Melaka mengalami kemerosotan penghunian pada kadar 59.900 peratus untuk bulan Disember 2017.

Oleh kerana pemilihan tempat tersebut sebagait empat dianjurkan persidangan tersebut, pemilik hotel tersebut, Miss Tee, telah memberikan hadiah kepada Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali dan Datuk Siti Zainab Omar.

Cakap-cakap mengatakan masing-masing mendapat hadiah dalam kotak dan diambil oleh pemandu masing-masing.

Penerimaan hadiah ini adalah bercanggah denganGaris Panduan Pemberian dan Penerimaan HadiahDi Dalam Perkhidmatan, Pekeliling PerkhidmatanBil. 3/1998 yang melarang pegawai awam menerimahadiah sekiranya berkaitan dengan tugas awamnya.

Subperaturan 8(1)(a) dan (b), Peraturan-PeraturanPegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993] memperuntukkan seseorang pegagwaitidak boleh menerima apa-apa hadiah daripadaorang jika penerimaan hadiah itu mempunyai kaitan, dengan apa-apa cara, dengan perlaksanaan tugasawam pegawai itu.

Dipercayai penerimaan hadiah tersebut oleh Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali dan Datuk Siti Zainab Omar, masing-masing, adalah bercanggah dengan Garis Panduan dan Peraturan-Peraturan tersebut

Setakat ini tidak diketahui samada Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali dan Datuk Siti Zainab Omar telah mendapat kebenaran atau kelulusan.

Hal-hal sebegini perlu diberi perhatian oleh Peguam Negara yang baharu jika mahu memulihkan integriti AGC.

ep2p-2