Elaun Khas RM 400 Untuk Kakitangan Kesihatan – Dr. Adham









align=”justify”>

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr. Adham Baba hari ini mengumumkan keputusan kerajaan untuk memberi elaun khas sebanyak RM 400 sebulan sebagai penghargaan kepada semua kakitangan perubatan barisan hadapan.

Keputusan tersebut disiarkan melalui akaun media sosial beliau.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 26 buah hospital telah digazetkan sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua COVID-19.

Tamnah beliau lagi, rakyat turut perlu bersatu padu dan bersolidariti dalam menghadapi krisis COVID-19 ini dengan mematuhi arahan untuk duduk di rumah, jarak sosial dan mengamalkan kebersihan.

– SuaraTV

ep2p-5small