Dr Mahathir Bukan Tak Nak Salam Dengan Jemaah, Tapi Jaga Kesihatan – Setpol

KUALA LUMPUR – “Bukan tidak sudi, tapi demi menjaga kesihatan,” kata Setiausaha Politik (Setpol) kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan bekas Perdana Menteri itu meninggalkan Masjid Negara hari ini, sebaik selesai solat Jumaat tanpa bersalaman dengan jemaah lain dan hanya merapatkan tangan di dada sambil diiringi pengawal peribadi.

Menurut Abu Bakar, tindakan Dr Mahathir itu bukan disebabkan beliau tidak sudi bersalaman sebaliknya menjaga kesihatan diri.

“Saya bagi pihak Tun Dr Mahathir memohon maaf kerana ramai yang tidak dapat bersalaman dengan beliau selepas solat Jumaat di Masjid Negara sebentar tadi.

> Koronavirus: Jangan Halang Kedatangan Pelancong China Ke Malaysia – Dr Mahathir
> Objektif Kami Tetap Berjaya, Dr Mahathir Jatuh Secara Memalukan – Otai Reformasi
> Saya Sedih Gagal Jadi PM Ke-8, Kerana Anwar Gila-Gila Nak Jadi PM – Dr Mahathir

“Bukan tidak sudi tapi demi menjaga kesihatan. Kita sama-sama berdoa supaya negara kita dijauhi daripada penyakit yang membahayakan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Dr Mahathir sering menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara dan duduk bersama jemaah lain.

Beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari lalu, berikutan krisis politik yang melanda Pakatan Harapan (PH).

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 28 lagi individu positif jangkitan koronavirus (Covid-19).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan positif Covid-19 sebanyak 83 kes dan 19 daripadanya sudah dibenarkan pulang sebelum ini.

Lain-lain berita;
> Abang Pengerusi SPR Dilantik Peguam Negara Yang Baharu
> Harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel Turun 17 Sen Hingga 21 Sen
> 15 Kes Digugurkan, Tak Didakwa Ketika Tommy Thomas Menjadi Peguam Negara
> Video: Peminat Terkejut Penyanyi Rap Akon Seorang Muslim, Tunai Umrah Di Mekah
> Syed Saddiq Dakwa Setiausaha Politik Dr Mahathir Pengkhianat Sebenar
> Objektif Kami Tetap Berjaya, Dr Mahathir Jatuh Secara Memalukan – Otai Reformasi
> Polis Sahkan Penahanan Aliff Syukri Semalam, Dibebaskan Dengan Jaminan
>  Kerajaan PH Tambah Lagi RM120 Bilion Hutang Baru, Tak Mufliskan Negara Ke? – Najib

ep2p-5small