Covid 19, cepat lah berlalu pergi…

Hari ke 12 PKP , semuga semuanya akan segera berlalu…

 gambar bunga dari pokok durian dikampung peninggalan arwah emak bapa, kalau dulu sebulan dua kali boleh balik menjenguk kebun, kini semuanya terbiar sejak arahan perintah kawalan pergerakan dan corona virus yang bermaharajalela ni… gambar ni kak rose amik berselang dua minggu sebelum pkp dengan bunga yang masih kuncup dengan lebatnya kat pokok tu..

dan ini lah keadaan rupa bunga tu selepas dua minggu kemudian… sedang mekar dan dah nampak putik durian tu..

segugus bunga pada tangkai yang lain pulak… juga sedang kembang mekar… muga tidaklah akan cuma jadi mangsa cik mon… walaupun kami memang payah nak merasa hasil dari pokok ni, tapi ianya menjadi rezeki setiap yang lalu kat kebun arwah ni.. tapi kini dah tak boleh lagi nak tengok perkembangan bunga dan buah durian ni… cepat lah berlalu pergi wahai cik corona yang sangat deadly tu.. kami rindu nak balik kampung lagi…

ep2p-5small