My Kuali: Sup tulang

selamat bertemu kembali dalam dapo maya yang suam suam ni…

 kak rose kongsikan kat sini resepi sup tulang dari CMG ni, tapi kak rose buat dengan apa yang ada dalam fridge jer.. kentang dan tomato pun tak de… tapi cam ni pun dah sedap sangat menghirupnya… Alhamdulillah..

 Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan

2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 
4 biji kentang [belah 4]

1 batang lobak merah [potong kecil]

1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]

1 batang serai [ketuk]

2 biji tomato [belah 4] 

garam

bawang goreng
air secukupnya 

 
Bahan tumbuk

7 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

3 sm halia

1 s/k lada hitam 



Bahan rempah tumis

1 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga 




Cara membuat
 

1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.

3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.

4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
(30 minits, guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.

6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.

7. Tutup api dan masukkan tomato.

8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

dan ni lah lemak yang ada dalam sup tadi tu… cara kak rose nak kurangkan lemak ni.. bila dah siap masak sup tu, keluarkan semua isinya dan sejuk bekukan kuah yang tinggal dalam periuk tu… lemak tu akan beku dipermukaan periuk dan boleh lah dibuangkan… boleh lah menikmati sup tulang yang sedap tu dengan rasa tak bersalah sbb lemak semua dah buang kan?

ep2p-5small