My Kuali: Snacking time againnnn….

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan..

 menu dari tukang masak yang tak berapa nak rajin ni.. bila tukang makan dah lunch kat office, jadi bila balik rumah ini lah tea time aka dinner kami… nasib baik tukang makan tak cerewet, makan apa saja yang tukang masak hidang… lagi lah bertambah vitamin m yang memang dah sedia banyak ni.. cekodok ikan bilis yang lembut gebus ni pun laju jer kami makan… Alhamdulillah.

 kuih bom frozen… tinggal nak goreng jer..

 yang ni memang sentiasa ready stock.. senang kerja tukang masak, kan.

 samosa daging frozen dari Azzain mart… tinggal nak goreng jer!

 ade sikit kerajinan, menjala dan buat kari ayam… bertambah2 makan roti jala!

 popia sayur, buat banyak dan frozenkan… memudahkan kerja tukang masak.

 ubi goreng ciciah dengan sambal kicap jawa yang mabeles

 pulut cicah dengan serunding udang kering

 pengat ubi pulak dengan sagu mata ikan.

 cekodok sayur pulak..bersama nescafo o kosong dan horlick

sementara ada kerajinan dan stok bahan pun ada, buat lah kuih cara berlauk ni… bila lama tak buat, jadinya makan baaaaaanyak lah. sedap!

ep2p-5small