Samsung Melantik Ketua Perniagaan Peranti Mudah Alih Baharu – Amanz

Setiap kali peranti baharu Samsung dilancarkan, susuk tubuh DJ Koh akan sentiasa di atas pentas kerana beliau merupakan ketua eksekutif perniagaan peranti mudah alih gergasi Korea ini. Tetapi rombakan bahagian pengurusan di Samsung telah dilakukan hari ini dan jawatan DJ Koh kini diambil alih oleh Roh Tae-moon yang sebelum ini memegang jawatan presiden pembangunan dan kajian perkakasan peranti mudah alih.

Roh terlibat dalam pembangunan telefon pintar Galaxy yang menaikkan nama Samsung di peringkat global. DJ Koh akan terus mengetuai bahagian IT dan komunikasi mudah alih Samsung termasuk peralatan telekomunikasi. Dengan Huawei kini mula disenarai hitamkan oleh beberapa negara kerana tuduh mengintip bagi pihak China, terdapat ruang untuk Samsung memasarkan teknologi telekomunikasi 5G mereka kepada pelanggan yang berminat.

ep2p-5small