Rindu nak ber brisk walk…

 Asalamualaikum dan salam rabu yang sejukkkk…

 Hujan rahmat sepanjang hari ini… dari sebelum subuh hingga tengah hari ni masih belum berhenti hujan… semuga hujan rahmat yang Allah turunkan ini akan dapat membasuh dan menghilangkan segala virus yang sedang melanda negara kita ni dan semuga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah jua Aamiin.

 

dan kak rose pun dah rindukan padang tempat berbrisk walk pepagi hari tu… dah lama jugak kak rose tak jalan kat situ sejak kaki terpeleot hari tu. bila dah ramai berjimba2 maka lupa diri lah, so kenalah apa yang ditakutkan sangat tu… miss step dan akibatnya cuma lepas beberapa hari baru rasa sakitnya… tapi bila tak lah sakit sangat, masih boleh berjimba2 lagi so biarkan jer la dengan harapan akan sembuh sendiri… cuma g klinik dan makan ubat tahan sakit jer.. tapi bila dah libatkan masa nak solat pun tak leh nak duduk dengan betul, maka have to do something la kan.. dan ni lah result dari x-ray tu… dan doctor soh g buat physiotherapy jer…

 dan ni lah dia… rehab service di SDMC, buat rawatan knee physiotherapy kat sini… sebelum g sini tu dah pun ikut cara di youtube, dan kurang lah sakitnya bile nak solat dan jalan2 tu… tapi kena lah pergi jugak dapatkan rawatan dari yang pro kan..

 dan bermula lah rawatan kak rose kat sini… ni first day dan akan ade lagi tujuh kali untuk nak hadirkan diri kat sini… Alhamdulillah, so much dah improve walaupun the slight pain is still there. tapi kata budak physio tu sakit ni memang payah nak hilang cuma kita boleh kurangkan bila kita tahu caranya… mostly buat stretching lah..

ada juga buat ultrasound dan infrared light therapy. semuga cepat sembuh lah untuk diri sendiri dan Alhamdulillah, semuanya dah boleh buat macam biasa dan harap adalah kerajinan nak berbrisk walk semula nanti…

ep2p-2