My Kuali: Mee hoon goreng

Alhamdulillah dengan rezekinya..

 sesekali tukang masak ni rajin melayan permintaan tukang makan yang nak kan mee hoon goreng simple2 macam ni… ikut kan je lah ya. lagi senang bila ada yang mintak nak makan, tak susah2 tukang masak nak mikir hidangan apa yang nak disediakan,.. jom tengok lah resepinya kak rose kongsikan kat sini..

Mee Hoon Goreng Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Bahan:

1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar – dihiris

1 mangkuk sotong atau udang 
1 mangkuk karot – hiris memanjang
1 mangkuk kubis

3 sudu besar cili kisar

3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen

Garam, gula dan serbuk perasa jika suka

Minyak masak
Fish cake dan sawi hijau – yg ni kak rose tambah

Bahan Tumbuk:

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis – direndam (kak rose gantikan dengan udang kering)

Bahan Hiasan: bawang goreng daun sup cili merah dan telur dadar

Cara cara:

Panaskan
minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang
akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.

Masukkan
bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar
dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak
dan garing.

Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.

Setelah
terbit minyak, masukkan fish cake dan udang, biar mendidih. 


Kemudian
masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. masukkan sawi. Jika mee hoon
belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

ep2p-2