My Kuali: Bingka kelapa pandan

 Asalamualaikum dan salam sabtu… salam hujung minggu dan cuti yang panjang.. tapi kak rose tak gi memana pun…tak larat nak menghadap jem sepanjang perjalanan dan lagi pun minggu depan nak balik kampung so cuti2 ni kita ronda kl yang lenggang ni.. itu pun berhati2 sangat tak nak g ketempat yang ramai orang… maklumlah cuti yang back to back cam ni, warga asing jer yang memenuhi KL.. baik lah elakkan tempat2 yang crowded, prevention is better than cure kan… sangat takut dengan wabak corona virus yang diheboh2kan tu…stay indoor pun lagi bagus kan, makan2 dan lepak2… jom tengok resepi kuih bakar pandan ni..

Bahan-bahan

  • 200gm kelapa parut putih
  • 80gm gula pasir
  • 150gm tepung pulut
  • 1 biji telur A – di pukul ringan
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu teh pandan emulco – jika suka

Cara-cara:

  1. Satukan
    kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan
    emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak
    cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas. kak rose guna silicon mould, ngam2 dapat 6 biji ni.
  3. Keluarkan
    acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 – 30 minit di
    dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan

ep2p-2