Kek marble lembab

ya, berulang2 buat guna resepi ni… the keeper recipe, gituh!

 meh kak rose kongsikan resepinya lagi kat sini ya..

Bahan-bahan: 
Bahan-bahan:
 250 gm buttter – kak rose guna Buttercup
250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
220 gm gula kaster
4 biji telor gred A
1 tbs ovelette
1 tbs esen vanilla
2 tbs susu segar – saya bancuhkan 1 sdm susu tepung dengan sedikit air suam dan guna 4 sdb
1 tbs choc emulco
1 sudu besar serbuk koko –  saya guna 2 sdb dan bancuh dengan sedikit air panas
 

 

Cara-cara:
 
1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan kepada dua bahagian. sebahagian biarkan dengan warna asal, dan untuk bahagian coklat masukkan emulco dan serbuk koko (saya cuma masukkan serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air panas).
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
5.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven. Bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.

 

kalau tak de idea nak buat kuih apa untuk minum petang ni, boleh lah cuba buat kek sedap ni kan!

ep2p-5small