Samsung Galaxy Tab S6 5G Bakal Dilancarkan Sebagai Tablet 5G Pertama Dunia – Amanz

Terdapat lebih dari sepuluh telefon pintar dengan sokongan 5G di pasaran dunia. Setiap satu menawarkan kepantasan rangkaian selular terpantas di kawasan yang menyokongnya. Selepas telefon pintar, tiba giliran tablet 5G pula memasuki pasaran menerusi Samsung Galaxy Tab S6 5G.

Samsung Galaxy Tab S6Ini ialah tablet yang sama seperti yang dilancarkan pertengahan tahun ini cuma dengan sokongan 5G buat pertama kali. Laman sokongan untuk tablet ini telah muncul di Korea Selatan menandakan pelancarannya yang semakin hampir. Dari segi spesifikasi, Galaxy Tab S6 5Gdilengkapi skrin 10.5″ SAMOLED WQXGA, dijana cip Snapdragon 855, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Ia menyokong penambahan memori dalaman sehingga 1TB menggunakan sebuah kad mikro SD.

Ia adalah tablet pertama Samsung dengan dwi-kamera utama sebesar 13+5 Megapixel yang menggabungkan lensa sudut lebar dan lensa sudut ultra lebar. Pada bahagian hadapan pula kamera swafoto sebesar 8-Megapixel disertakan. Sebuah bateri sebesar 7040 mAh dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 15W.

ep2p-5small